berita

Gadis ‘Berisi’ Temui Jodoh Selepas Ayah Mengaku ‘Berat’ Lepaskan Anaknya Sebelum Ini

January 26th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Cantik itu subjektif. Ada yang merasakan kurus, tinggi dan berkulit cerah sebagai definisi cantik. Namun ada juga berpendapat kulit sawo matang, badan berisi dan ketinggian ‘biasa-biasa’ sebagai sesuatu yang menawan di mata mereka.

Begitu juga kisah yang terjadi kepada seorang wanita ini. Walaupun tidak memenuhi kriteria cantik biasa, namun akhirnya dia menemui jodoh setelah sekian lama menunggu.

Tak kisah orang tanya pasal jodoh

Itu hari duduk bersembang dengan kawan-kawan, entah dekat mana tiba-tiba salah seorang dari kami bercerita tentang kakaknya.

Kami jadi syok duk dengar. Kisahnya kakak beliau seorang yang tidak berapa cantik. Agak berisi dan orangnya tak tinggi mana.

Hari-hari pergi kerja, balik kerja. Hujung minggu wajib pulang ke kampung. Hari jumaat malam, adalah muncul di rumah emaknya. Kemudian ahad malam, pulang kembali ke Putrajaya. Di situ kakaknya menumpang rumah beliau, beliau sudah berkahwin dan punya seorang anak.

Setiap kali kenduri kendara, atau raya, kakaknya ini dah tak kisah orang tanya tentang jodoh. Beliau layan sahaja semua soalan.

Ibunya, ayahnya duk cakaplah suruh cari. Namun kakaknya buat tak kisah. Diamkan diri. Sampailah satu malam, kakaknya cakap kepada dia “Teruknya rasa jadi orang buruk, gemuk dan pendek. Senyum dekat orang pun, orang tak layan. Inikan nak kahwin.”

Kahwin akhirnya…

Kawan kami ini teruskan bercerita. Kami 3-4 orang masih nak sibuk melawak potong sana-sini.

“Hangpa tau, kakak aku kahwin akhirnya.”

Gulp. Kami terdiam. “Tadi kau duk cakap takda jodoh apa bagailah. Ini terus kahwin. Macam mana?”

“Lepas dia cakap dekat aku yang dia jadi gitu, aku buat group whatsapp lain dalam keluarga. Dia takda dalam tu. Aku habaq kat semua, sampai masa kita semua kena doa sungguh-sungguh untuk kakak. Entah-entah kita ni pakat duk sembang ja kakak tak kahwin-kahwin, tapi kita haram tak doa pun.

Kesian kakak, duk nangis depan kami kata macam-macam.

Tiba-tiba abah aku jawab weh. Abah aku kata betul. Dan semua orang diam.

Esoknya aku telefon abah aku. Abah aku duk nangis. Dia kata kakak aku baik sangat, dia rasa susah hati kalau lepaskan kakak aku ke orang lain. Jadi dia selalu rasa sangkut kalau-kalau kakak aku nak kahwin. Memang ya, kalau dekat rumah mak aku, kakak aku kalau tak ada, memang kalutlah semua. Dia ja tahu macam mana mak masak, abah punya air teh semua dia tahu.

Abah aku cakap, entah-entah sebab dia yang jadikan kakak aku tu tak jumpa jodohnya. Ketakutan abah aku tu rupanya penghalang.”

Kami duk angguk dan setuju. Kawan kami duk menitis air mata bercerita, kami pun tak jadi nak melawak beriya.

Ada sebab kenapa Tuhan senaraikan siapa jadi wali

Kakaknya kini dah hamil 4 bulan. Dah berkahwin dengan siapa entah jumpa di Facebook. Comel macam dia juga si suaminya itu.

Rasa syahdu pula kan?

Iya, kita tak perasan ja. Kadang-kadang jadi wali, doa dan pelepasan anak itulah jadi penguat kepada jodoh dan rezeki anak-anak.

Ada sebab kenapa Tuhan senaraikan siapa jadi wali kepada pengantin. Mereka ini punya kuasa terhadap restu dan kebaikan dalam sesebuah perkahwinan.

Dan hari ini, jika kalian juga begitu, cubalah duduk-duduk dengan ayah atau wali kalian, buat teh panas-panas, pegang tangannya dan tanyalah, “abah, saya tak jumpa lagi jodoh saya, apa kata abah doakan saya. Untuk lepaskan saya kepada seorang suami yang boleh jaga saya, boleh tanggung dosa saya dan boleh menghormati ibu bapa saya.”

Dengan izin Tuhan, moga-moga dari lubuk hati yang dalam itu, terbit rasa cinta dan sayang untuk lepaskan anak-anak kesayangan ini ke tangan lain yang berhak.

Dan kawan, cantik itu subjektif. Jika kena pada mata dan hati yang berkehendak, jadilah ia simpulan bahagia.

Semoga. Begitulah.

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×