berita

Gadis Buntu Dipaksa Kahwin Dengan Sepupu Pemalas, Jadi Mangsa Pukul Mak & Abang Sendiri – ‘Asyik Back Up Lelaki Itu..’

May 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Sunshine

Bukan mudah bagi seorang gadis untuk menerima ‘takdir’ apabila akan dijodohkan bersama calon yang dipilih oleh ibu dan abang-abangnya. Berdasarkan ciri-ciri lelaki berkenaan, dapat digambarkan bakal suaminya bukanlah orang yang baik dan risau jika tidak mampu mengawal bahtera rumah tangga selepas disatukan.

Artikel Berkaitan: Suami ‘Durjana’ Bagi Ubat Tidur Semata-Mata Nak ‘Bersama’ Dengan Isteri Sedang Berpantang

Artikel Berkaitan: Konon Datang Rumah Ambil Barang, Suami ‘Gila Talak’ Tergamak Rogol Bekas Isteri Sebab Nak Rujuk

Artikel Berkaitan: Tak Nak Bayar Nafkah Anak, Suami Sanggup Tuduh Isteri Zina, Siap Minta Buat Ujian DNA

Buntu, minta pandangan netizen

Foto: Counseling

Menerusi luahan seorang lelaki yang dikongsi pengguna Twitter, menceritakan nasib teman wanitanya yang dipaksa oleh ibu dan abang-abangnya untuk berkahwin dengan sepupu sendiri. Difahamkan gadis malang ini tidak lagi mempunyai bapa mahu pun datuk.

Dia memang tak mahu sepupu tu sebab lelaki itu pemalas, control gerak-geri dia, asyik demand untuk dilayan macam suami walaupun tak ada apa-apa lagi.

Mak dengan abang dia asyik back up lelaki tu, dok kesian dekat lelaki tu dari anak sendiri.

Dakwa gadis ini lagi, dia tidak tahan menjadi mangsa pukul ibu dan abang-abangnya sehingga meninggalkan kesan lebam-lebam pada tubuh badannya.

Teman wanita aku kata kalau kena kahwin juga, tak lama lepas itu dia nak minta cerai.  Abang-abang pun jenis kaki pukul dan kaki baran.

Dah tanya peguam

Foto: Public Health

Sebagai solusi, lelaki ini sempat bertanyakan kepada yang pakar, dan Peguam Syarie menjelaskan ibu serta abang-abangya sama sekali tidak mempunyai kuasa untuk memaksa gadis berkenaan berkahwin dengan sepupunya.

Teman wanita aku memang nak cut off ties dengan family once mak dia dah meninggal dunia, dia dah terang-terang cakap dekat family dan abang yang dia nak kahwin dengan aku then kena maki.

Apa yang lebih meruntun hati, jika gadis berkenaan berkahwin dengan calon pilihan hatinya ibunya akan bertindak menghalau dia keluar dari rumah dan membuang status sebagai anak.

Oh kalau yang bertanya lelaki tu kerja apa ke, bawak Honda ke? Tak dia kerja operator kilang je. Bawak Saga FLX je pun. Savings pun mamat tu tak ada. Aku pharmacist kot, nak kahwin hari ini pun duit aku cukup je.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×