Rata-rata rakyat Malaysia kurang pendedahan dengan penggunaan bahasa isyarat yang sering digunakan oleh individu yang kurang bernasib baik seperti pekak dan bisu. Di Twitter, seorang gadis yang dikenali sebagai Anis Jailani, berkongsi beberapa bahasa isyarat yang mudah difahami dan boleh dipraktikkan oleh setiap orang selepas ini.
Kisah kehidupan aku
Kisah kehidupan aku.
Ye,aku ni pekak dari lahir tapi aku bersyukur apa yg ada.Aku tahu kehidupan aku tak macam orang lain seperti bila aku jumpa orang normal pon aku tulis nota bagi orang faham. Kalau jumpa orang macam aku,pakai bahasa isyarat. pic.twitter.com/qSKjdo272q
— C I K N I S ? (@anissajailani_) November 4, 2020
Gadis tersebut menceritakan dia dilahirkan pekak sejak kecil lagi, namun ia tidak menjadi penghalang untuknya bagi berkomunikasi dengan orang lain dengan adanya bahasa isyarat. Tidak berakhir di situ, dia turut mengambil alternatif lain dengan menulis di nota jika seseorang itu tidak memahami bahasa isyarat yang dilakukan olehnya.
Untuk memuji
Untuk awak ?? Nah RT ! pic.twitter.com/npviKBuR24
— C I K N I S ? (@anissajailani_) November 5, 2020
Assalamualaikum
Foto: Anis Jailani
Terima kasih/ sama-sama
Foto: Anis Jailani
Isyarat A-Z
Foto: Anis Jailani
Nombor
Foto: Anis Jailani
I love you
Foto: Anis Jailani
Punya Youtube channel sendiri
https://www.youtube.com/watch?v=fEZnrraOZt4
Anis turut mempunyai akaun Youtube sendiri yang berkongsi beberapa video menggunakan bahasa isyarat. Kini dia telah mempunyai seramai 162 pengikut di platfom tersebut. Dia turut menjelaskan menerusi tweet tersebut, orang ramai dapat memperoleh manfaat daripada perkongsian bahasa isyaratnya.
Menerusi ruang balas di Twitter, seorang gadis menyatakan pembelajaran bahasa isyarat sangat penting dan ia dapat dipraktikkan jika berhadapan dengan orang bisu mahupun pekak. Hal ini sekali gus, boleh melancarkan proses komunikasi tersebut.
Sumber: Anis Jailani