Foto: Meremang
Pendedahan yang dibuat oleh seorang gadis cantik dikenali sebagai Dayana Radzuan menceritakan dirinya ‘hilang’ ketika berada dalam kandungan ibunya, dipercayai diambil bunian mengejutkan orang ramai. Kisah mistik ini diceritakan menerusi beberapa buah video yang dimuat naik di laman TikTok.
Artikel Berkaitan: Konon Dapat ‘Petunjuk’ Kena Kahwin Dengan Gadis 19 Tahun, Lelaki Tak Berganjak Tunggu Depan Pagar Ruma
Artikel Berkaitan: ‘Mana Ada Orang Tinggal Dalam Hutan Tu….’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Je Nak Tegur Tapi Teringat Jiran Baru Meninggal Dunia 7 Hari Lepas…
Hilang diambil bunian
Menerusi video dikongsi, gadis ini menceritakan dia antara salah seorang yang berjaya terselamat selepas diambil bunian dan selepas insiden tersebut berlaku kedua ibu bapanya sama sekali tidak membenarkan dia pergi ke hutan atau pun air terjun.
Ujar gadis ini, kejadian tersebut berlaku pada tahun 1999 dan dia ketika itu sedang berada dalam kandungan ibunya sehinggalah satu hari mereka sekeluarga (ada enam adik-beradik) berkunjung ke sebuah kawasan air terjun yang terletak di Perak.
Masa itu, emak I tak mandi tau sebab dia tengah mengandung, dia duduk tepi. Adik-beradik yang lain dan ayah I pergi mandi. Masa tengah seronok-seronok tu secara tiba-tiba emak saya cakap dia sakit perut. Semua orang time tu stop mandi and pergi ke hospital terdekat. Bila sampai hospital, doktor cakap dah tak ada babynya.
Bercerita lebih lanjut, gadis ini menjelaskan perkara tersebut diketahui berikutan tiada degupan jantung dan ramai yang tidak percaya akan apa yang terjadi berikutan ini merupakan kali pertama yang terjadi dalam keluarganya.
Pihak hospital dah periksa banyak kali tapi memang tak ada baby tu. So apa yang diorang buat adalah doktor tu suruh emak I balik rumah dulu lepas itu datang balik selepas beberapa hari.
Mujurlah ada saudara terdekat yang lebih arif bab-bab makhluk halus ini so, bila pakcik I tu check dia kata yang sebenarnya I ni diambil oleh bunian. Kenapa dia ambil, dia kata sebab selalunya baby dengan ibu mengandung ni macam bau wangi bagi diorang. So sebab itu dia rasa macam bekenan dengan I.
Bunian dah bekenan
Foto: Iluminasi
Dalam pada itu, gadis ini menjelaskan bunian berkenaan sudah pun berkenan dengan dirinya dan turut menjaganya di alam sana. Tidak berputus asa, mereka sekeluarga melakukan pelbagai ikhtiar dengan solat hajat dan lain-lain lagi.
Malangnya pada mulanya orang bunian tu tak nak kasi sebab dia dah sayang. So semua orang ikhtiar semampu yang boleh, sehinggalah sampai hari untuk emak I operate dekat hospital.
Waktu sampai hospital tu nak operate kononnya macam nak buang dalam perut tu. Sebelum nak operate tu pun doktor dah check degupan jantung memang tak ada. Emak I dah pakai baju untuk pembedahan dan dah masuk dah tapi mujurlah doktor tu rasa tak sedap hati dan dia nak periksa sekali lagi.
Dan masa dia periksa sekali lagi, tiba-tiba ada degupan jantung bunyi kuat gila yang memberi maksud I masih ada lagi. So emak I tak jadi pembedahan dan orang bunian tu nak bagi balik. I tak sure macam mana terdetik nak bagi balik, walaupun pada mulanya tak.
Selepas insiden tersebut berlaku, gadis ini akui dia senang untuk ‘nampak’ dan ‘rasa’ benda berkenaan.
Video penuh:
@dayanaradzuanPastu sampai sekarang my parents takbagi pergi hutan or tempat air terjun ?? Breakbeats Bang Jono – SZ.Bowo??
@dayanaradzuan Reply to @rxse_qvartz ? Suspense, horror, piano and music box – takaya
@dayanaradzuan Reply to @frdfdly ? Suspense, horror, piano and music box – takaya
@dayanaradzuan Reply to @qtprincess__5 ? Suspense, horror, piano and music box – takaya
Sumber: Dayana Radzuan