Seorang gadis berusia 16 tahun di Uttar Pradesh, India kehilangan kedua-dua kaki dan tangan kirinya serta mengalami patah tulang selepas dia ditolak ke arah kereta api yang sedang bergerak.
Artikel Berkaitan: Rakan Bersubahat Belasah Seorang Remaja Sebelum Mati Ditolak Dari Puncak Tebing
Artikel Berkaitan: Lelaki ‘Obses’ Dengan Gadis Idaman Sembunyi Atas Loteng Rumah, Rakam Video Tidur
Jalani pembedahan yang panjang
Menerusi laporan Indian Express, mangsa ditolak oleh dua orang lelaki yang mengekorinya sejak dua bulan lalu.
Mangsa juga dimasukkan ke sebuah hospital swasta di mana dia menjalani pembedahan yang panjang sehingga awal pagi Rabu dan menurut pihak hospital keadaan mangsa agak serius.
Sementara itu, Ketua Menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath, meluluskan pampasan sebanyak 500,000 rupee (RM28,426) kepada keluarga gadis itu dan mengarahkan supaya rawatan perubatan yang sewajarnya diberikan kepada mangsa.
Selain itu, tiga orang pegawai polis telah digantung kerja kerana berlaku kecuaian sewaktu bekerja.
Menurut Polis Bareilly, pada awalnya mereka menyangka kejadian tersebut adalah cubaan membunuh diri akibat putus berikutan hubungan cinta.
Bagaimanapun, pada pagi Rabu, bapa saudara mangsa, yang merupakan seorang peguam bela, telah membuat laporan polis dan menamakan dua suspek dari kampung dimana mangsa tinggal.
Laporan diterima dan pengadu menamakan dua suspek di kampung sama kerana menolak anak saudaranya ke landasan kereta api. Kami sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersedia untuk memastikan mangsa diekori suspek.
Mangsa ada memberitahu keluarganya mengenai dirinya diekori dan juga telah membuat laporan polis sejak sebulan lalu, namun, tiada tindakan diambil.
Dia telah memberitahu kami tentang diekori mereka berdua dalam perjalanan ke bimbingan dan kami juga telah membuat aduan kepada balai polis kawasan sebulan lalu tetapi tiada tindakan diambil.
Sumber: Indian Express