Koh Lipe merupakan sebuah pulau yang terletak di selatan Thailand, terletak di laut Andaman. Lebih kurang 60 Km dari tanah besar Thailand dan hanya 30 Km dari Pulau Langkawi, Malaysia sahaja. Sebaik saja tiba disini, anda pastinya akan terpesona dengan keindahan dan warna laut pantai membiru jernih. Sungguh cantik! Selepas itu, anda akan faham kenapa pulau ini digelar Maldives of Thailand.
Gadis ini kongsi beberapa tips secara solo untuk ke sana tapi kalau pergi bercuti dengan keluarga atau rakan-rakan lagi best. Hanya RM 720 untuk seorang dan anda boleh ke Pulau Koh Lipe dari Kuala Lumpur je!
Dari Kuala Lumpur
Korang boleh beli tiket bas dari TBS ke Kuala Perlis saja. Tapi kalau rasa malas nak duduk lama dalam bas tu, boleh beli tiket kapal terbang dan turun di Langkawi Airport.
Jeti Kuala Perlis
Sampai saja jeti Kuala Perlis, korang terus beli tiket feri ke Langkawi di kaunter. Kalau musim cuti sekolah, tiket mungkin cepat habis. Jangan risau, sebab anda boleh beli online di website www.langkawiferryline.com
Langkawi
Setiba di Pulau Langkawi, anda boleh beli tiket untuk ke Pulau Koh Lipe dengan harga RM 236 (pergi & balik). Perjalanan feri dari Langkawi ke Koh Lipe mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit. Jangan lupa bawa passport ye!
Koh Lipe
Sampai saja di sana, anda akan terasa berada di Maldives. Suasana dan panorama laut yang sangat cantik akan membuatkan diri tenang serta bebas dari tekanan kerja.
Panorama cantik
Makanan sedap!
Aktiviti laut pun ada
Macam-macam aktiviti yang anda boleh lakukan disana termasuk aktiviti laut dan pantai. Hanya anggaran bajet RM 720 seorang sudah dapat bercuti di ‘Maldives’.
Pencinta alam
Anda juga boleh tengok dengan mata sendiri kehidupan di dasar laut melalui aktiviti snorkeling ini. Terdapat pelbagai pakej aktiviti ditawarkan.
Selamat bercuti!
Credit: Facebook Suraya Arifin