berita

Gadis Kongsi Pengalaman Seram Di Twitter Dikecam Netizen, Rupa-Rupanya…

November 16th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Gara-gara memuat naik kisah seram yang dikatakan hanya untuk meraih perhatian, seorang pengguna Twitter Nur Izah di kecam netizen. Hal ini berikutan gambar dan video yang disebarkan melalui Twitter mengatakan terdapat sesuatu objek yang dikhuatiri hantu. Namun, menerusi perkongsian Nurul di Twitter mendapati objek putih yang didakwa hantu itu adalah hanya sebiji batu berwarna putih.

Kelibat objek putih yang menyeramkan

Tambahan lagi, Nur Izah sanggup membuat penulisan di Twitter berkenaan pengalaman yang dikatakan berdepan dengan makhluk misteri itu. Dia memberitahu bahawa dia bersama seorang lagi rakannya dalam misi mencari entiti misteri pada jam 3 pagi. Setiba di tempat kejadian dia mendapati terdapat objek putih dan jeritan yang menyeramkan. Selain itu, dia turut menyertakan video di Twitternya.

Rakaman video

Batu berwarna putih dikatakan hantu?

Justeru itu, Nurul tampil dengan beberapa keping gambar yang memaparkan kewujudan batu putih itu yang terletak sama seperti gambar yang disebarkan Nur Izah. Batu putih itu yang panjang dipercayai telah membuat Nur Izah salah sangka. Akhirnya misteri telah terungkai.

Foto keadaan batu berwarna putih

Tempat tu memang keras sebab ada batu

Rata-rata netizen terhibur dengan kegigihan Nur Izah yang sanggup berkongsi penulisan tanpa mengetahui bahawa objek tersebut hanyalah batu berwarna putih.

Sumber: Nur Izah, Nurul

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×