berita

Gadis Melayu Dipeluk & Dicium Penyanyi K-Pop : Salah Siapa?

January 12th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-01-12 at 18.02.34

Selama pengaruh muzik K-Pop meresap ke Malaysia, inilah pertama kali kita mendengar isu seberat ini. Seingat kami sepanjang memenuhi jemputan ke persembahan artis K-Pop, memang ada beberapa permainan yang dilakukan antara peminat dan penyanyi di atas pentas, namun kebanyakan peminat yang terpilih adalah bukan dari kalangan bangsa Melayu atau beragama Islam mahupun yang memakai tudung.

Dan sememangnya adegan peminat dipeluk artis pujaan di atas pentas bukan pertama kali terjadi, cuma tak pernah diperbesarkan kerana yang dipeluk itu bukan anak gadis Melayu.

Jadi, bila gambar dan video budak perempuan Melayu bertudung yang besar kemungkinan berusia lingkungan awal remaja menjadi viral di Internet, semua pihak tak senang duduk dan mula menuding jari.

Peminat Yang Salah Sebab Terlampau Obses?

Screen Shot 2015-01-12 at 17.58.52

Rata-ratanya mengatakan gadis-gadis itu bodoh kerana berani merelakan diri mereka dipeluk dan dicium. Ya, mungkin mereka ‘hilang akal’ seketika kerana terkedu dapat berjumpa penyanyi pujaan secara depan-depan. Pada pendapat kami, waktu itu gadis-gadis berkenaan berada di dalam situasi surreal yang menyebabkan mereka tak boleh berfikir dengan waras. Apabila otak dipaksa untuk membuat keputusan dalam keadaan terdesak macam tu, mulalah kita terdorong untuk memilih sesuatu yang tak sepatutnya terjadi.

Kalau tengok komen dari selebriti tempatan dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, semuanya memberi nasihat kepada peminat supaya jangan terlampau obses.

Screen Shot 2015-01-12 at 18.00.30

Saya terkejut dengan perkara ini, tak salah meminati tetapi peminat harus peka dengan batas-batas sebagai seorang Islam bila bertemu artis pujaan. – Dato’ Siti Nurhaliza

Banyak dikatakan tentang Kpop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tall, dark and handsome. Bukan pale, skinny, and pretty. Itu bukan lelaki sejati. – KJ

Screen Shot 2015-01-12 at 11.18.17

Screen Shot 2015-01-12 at 11.53.10

Screen Shot 2015-01-12 at 11.53.21

Salah B1A4 Sebab Tak Faham Budaya?

B1a42JapaneseAlbum

Ada juga yang menyalahkan kumpulan K-Pop berkenaan, B1A4 kerana tak faham budaya masyarakat Melayu. Tapi come on, tak bolehlah salahkan mereka 100% sebab mungkin mereka tak tau.

So, Penganjur Yang Salah?

Screen Shot 2015-01-12 at 17.59.42

Dalam masa yang sama, orang ramai menuding jari kepada penganjur yang membenarkan situasi berkenaan terjadi. Namun menurut TGM Events, pengurusan artis dan penganjur tak tahu identiti peminat yang dipilih sehingga mereka mereka dibawa naik ke pentas.

Ia bukan sebahagian daripada protokol standard artis K-Pop untuk melayan peminat secara dekat. Walau bagaimanapun, memandangkan ini merupakan acara khas bertemu peminat, program ini dibuat khusus untuk menjalin keterlibatan dan interaktiviti peminat. Sebelum acara bermula, hos acara telahpun mengingatkan peminat supaya tidak menyentuh atau berada terlalu dekat dengan anggota kumpulan penyanyi tersebut. Mengenai klip parodi yang perlu dilakonkan semula, anggota B1A4 telah bertanya dan menjelaskan kepada peminat yang terpilih itu sama ada mereka tidak selesa dengan aktiviti berkenaan. Namun, peminat terpilih itu telah memberi kebenaran di atas pentas, di hadapan audiens. – Astro Awani

Ini pula pendedahan daripada salah seorang peminat yang turut berada di tempat kejadian menyaksikan insiden itu berlaku.

Screen Shot 2015-01-12 at 11.55.26

So, macam mana kira ni? Kami rasa kalau peminat pandai jaga diri dan penganjur pun tak buat game yang mengundang mungkin semua ni boleh dielakkan. Tapi persoalan terbesar, bolehkah muzik K-pop disekat di Malaysia selepas ini memandangkan ramai pihak sudah mula marah hingga munculnya hashtag #menentangkejahatankpop di laman sosial?

SKIP THIS AD ×