Rumah usahawan kosmetik Datuk Seri Vida disita hari ini, berikutan beliau gagal melunaskan tunggakan bayaran ubah suai bangunan kilangnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B ‘Buka Mulut’ Selepas Dituduh Main Telefon Dalam Kelas – ‘Pensyarah Bagi Kami Kebenaran Untuk Cari Maklumat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Buat ‘House Tour’ Banglo Lima Bilik Cik B Di Sepanyol, Sewa RM5,000 Sehari – ‘Rumah Tu Nampak Menakutkan’
Kereta mewah disita
Memetik laporan Kosmo, selain rumah, empat buat kereta mewah dan barangan milik usahawan itu turut disita.
Empat kereta yang disita ialah dua buah Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan sebuah BMW X7, selain semua barangan di dalam rumah beliau.
Perintah penyitaan itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh, Anis Hanini Abdullah selepas membenarkan permohonan Mohammad Taufik Kamarul daripada Ah Design Communication Sdn Bhd.
Pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dilakukan pada sekitar 9 pagi di kediaman rumah Vida atau Hasmiza Othman.
Difahamkan, Vida dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.
Menurut peguam, Samir Zainal, pihaknya melakukan sitaan selepas mendapat perintah penyitaan dan penjualan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tambah Samir, pihaknya mendapat kerjasama daripada kakitangan Vida sepanjang proses sitaan dilakukan.
Barangan yang disita melibatkan semua barang dalam rumah kecuali bilik tidur DS Vida sebab pintu berkunci dan kenderaan iaitu dua Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan BMW X7. Berdasarkan penyiataan ini, barang ini tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh dua minggu.
Berbicara lebih lanjut, pihaknya akan melepaskan sitaan sekiranya Vida menjelaskan tunggakan.
Jika tunggakan dilunaskan, kami akan tarik balik sitaan. Setakat ini saya belum dapat bercakap lagi dengan beliau. Saya difahamkan dia berada di China dan dia akan hubungi saya.
Kami tiada pilihan
Sementara itu, wakil Ah Design Communication Sdn Bhd., Mohamad Taufik Kamarul berkata, tuntutan terhadap jutawan kosmetik itu bagi bayaran untuk ubah suai bangunan kilang Vida di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor kepada studio. Jelas Taufik lagi, tuntutan tunggakan bayaran tersebut sudah bermula sejak tahun 2018 lagi.
Kami terpaksa mengambil tindakan sita sebab kami sudah beberapa kali cuba berbincang. Pernah berurusan peguam dengan peguam untuk penyelesaian tapi tiada maklum balas, jadi kami tiada pilihan selain daripada tindakan yang kami lakukan hari ini.
Jumlah tunggakan untuk penghakiman yang kami ada prinsipalnya lebih RM800,000, tambah faedah lebih kurang RM1.06 juta. Buat masa ini, ini penghakiman yang kami peroleh. Saya harap perkara itu diselesaikan dengan cara baik.
Kami tiada niat untuk menyita barang-barang beliau. Kalau benda ini selesai sebelum tempoh penyitaan, kita sedia tarik balik penyitaan. Selama enam tahun saya tunggu bayaran tunggakan agak lama juga sebenarnya.
Sumber: Kosmo