berita

Gagal Dapat Deposit Semula, Wanita Naik Hantu Gunting 32 Busana Pengantin

January 17th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Daily Mail

Di Chongqing, China seorang wanita bertindak di luar kawalan dengan menggunting 32 busana pengantin menggunakan sebilah gunting di sebuah butik selepas dipercayai ‘bergaduh’ dengan pemiliknya.

Video kejadian tersebut bagaimanapun telah tular di laman sosial tempatan iaitu Weibo.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dah Buka Parcel, Tak Nak Bayar COD Sebab Baju Ketat

Artikel Berkaitan: Tak Diberi Makan Semasa Majlis Perkahwinan, ‘Photographer’ Balas Dendam Padam Gambar Depan Pengantin

Artikel Berkaitan: Dah Order Punya Banyak, Bila Dah Sampai Tempat COD Boleh Pula Cakap Nak Main-Main Ja…

Wanita mengamuk di butik pengantin

Foto: Daily Mail

Memetik laporan Daily Mail, si pelaku yang dikenali sebagai Jiang didakwa berbuat demikian berikutan pihak pengurusan butik menjelaskan dia tidak akan mendapat semula wang deposit yang dibayar sebanyak £400 (anggaran RM2,287) selepas membatalkan tempahan gaun perkahwinan berharga £915 (anggaran RM5,228).

Mengulas lebih lanjut, wanita ini dilihat seolah-olah tidak takut walaupun diugut mengenai kerugian yang perlu ditanggungnya akibat tindakan tersebut.

Fikir baik-baik, semua gaun ini berharga ribuan yuan.

Ribuan yuan? Jika puluhan ribu yuan pun, saya masih akan melakukan perkara sama.

Suami tawar pampasan

Foto: Daily Mail

Difahamkan, wanita ini menempah pakej perkahwin dengan butik tersebut pada April 2021 dan majlis perkahwinannya dijadualkan pada 5 Oktober yang lepas sebelum dia bertindak membatalkan tempahan tersebut pada November tahun yang sama.

Susulan daripada itu, dia bertindak meminta supaya duit depositnya dikembalikan sebelum bertindak di luar kawalan. Wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak berkuasa dan dia turut memohon maaf atas tindakannya serta suaminya menawarkan untuk memberi sejumlah wang pampasan kepada butik tersebut.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×