berita

Jimmy Shanley Gagal Dapat Hak Penjagaan Anak

April 8th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Jimmy Shenly

Pagi tadi telah berlangsungnya kes perbicaraan bagi hak penjagaan anak buat pelakon dan pengacara terkenal, Jimmy Shanley dengan bekas isterinya bertempat di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor.

Melalui kes perbicaraan tersebut, pihak mahkamah telah memutuskan bahawa hak penjagaan penuh anak perempuan pasangan tersebut, iaitu Zahrah Rania Shanley berusia setahun sembilan bulan kepada bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25.

Meskipun gagal mendapatkan hak penjagaan tersebut, Jimmy bagaimanapun bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertemu dan melawat anaknya mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah.

Saya tidak terkilan dengan keputusan mahkamah kerana keputusan itu tetap membenarkan saya untuk bertemu dengan anak saya.

Pada mulanya saya menjangkakan akan gagal dan tidak diberi peluang untuk bertemu dengan anak saya memandangkan usia yang baru mencecah dua tahun.

Saya akan bersama dengan anak saya selama tiga hari dua malam pada hari Selasa sehingga Khamis petang. – ujar Jimmy menerusi laporan Utusan Online.

SKIP THIS AD ×