berita

Gagal Tercalon Top 5 ABPBH34, Nabila Razali Tetap Hargai Tenaga Peminat – ‘Tiada Rezeki Kita Untuk Tahun Ini’

October 11th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Proses undian peringkat pertama pencarian Bintang Paling Popular ABPBH 34 untuk semua kategori yang dipertandingkan telah bermula pada 10 September 2021 dan berakhir pada 3 Oktober 2021.

Calon 10 artis yang mendapat undian tertinggi adalah Amir Masdi, Ben Amir, Dolla, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Meerqeen, Naqiu, Sissy Imann, Siti Nordiana dan Sweet Qismina.

Artikel Berkaitan: Undian Pusingan Kedua ABPBH 34 Akan Dibuka Bermula 10 Oktober Ini, Jangan Lupa Undi Artis Kesayangan Korang!

Gagal bolos dalam empat kategori tercalon

Namun, ABPBH34 tidak berpihak pada penyanyi dan pelakon Nabila Razali apabila gagal membolos dalam empat kategori tercalon iaitu Penyanyi Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular dan dua menerusi kategori online, Gandingan Serasi Drama Popular.

Nabila menerusi hantaran di Instagram Stories menghargai usaha kelab peminatnya, NabaelaFC yang telah berpenat lelah berkempen dan mengundi.

Assalamualaikum semua. Di kesempatan ini Bella nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat yang dah bersusah payah untuk berkempen dan undi Bella di ABPBH34.

Hargai jasa & masa peminat

Dalam pada itu, pelantun lagu Peluang Kedua meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan peminat yang sentiasa menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan karier seninya.

Bella hargai setiap jasa dan masa yang korang semua korbankan. Tiada rezeki kita untuk tahun ini. Takpe Bella tetap bersyukur dapat peminat yang best macam korang semua. Until next time okay.

Pada malam kemuncak ABPBH 34, sebanyak empat belas kategori utama yang bakal dipertandingkan adalah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi, Penyanyi Wanita Popular Xiaomi, Artis Kolaborasi /Duo/Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular, Penyampai Radio Popular dan kategori baru iaitu Watak Animasi Popular.

Turut dipertandingkan adalah enam (6) kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah FANtastik Popular, Watak Antagonis Popular, Artis TikTok Popular dan YouTuber Popular, Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular.

Bagi kategori Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular, undian sudahpun bermula pada 4 Oktober lalu dan akan berakhir pada 7 November 2021 di laman aplikasi TikTok. Bagi peminat yang hendak menyertai #ABPBH34 kempen video TikTok, mereka boleh ikuti akaun TikTok TV3Malaysia dan XiaomiMalaysia.

Malam kemuncak ABPBH 34 yang dibawakan penaja utama, Xiaomi, akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 13 November 2021.

Bertemakan #KITABERSAMA, malam kemuncak ABPBH 34 akan dilaksanakan dengan pematuhan ketat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Acara ini boleh disaksikan secara langsung melalui saluran TV3 dan Tonton, termasuk YouTube TV3 dan BH, TikTok serta laman web ABPBH di www.abpbh.com.my.

Pusingan akhir undian ABPBH 34 bermula 10 Oktober sehingga tarikh tutup 31 Oktober depan. Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma, pakej langganan BH digital dan cetak serta undian bersama penaja utama, Xiaomi menerusi laman web ABPBH 34 di www.abpbh.com.my.

Sumber: Instagram @nabila.razali

SKIP THIS AD ×