berita

Undian Pusingan Kedua ABPBH 34 Akan Dibuka Bermula 10 Oktober Ini, Jangan Lupa Undi Artis Kesayangan Korang!

October 5th, 2021 | by Shahira
Shout Out!

Undian pusingan pertama Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 bertemakan #KITABERSAMA yang dilancarkan pada 10 September lalu secara rasminya telah ditutup tepat jam 11.59 tengah malam tadi.

Artikel Berkaitan: ABPBH34: Disebabkan Tarik Diri, Undian Awal Zul Ariffin, Remy Ishak & Zizan Razak Tak Dikira Dalam Top5

Undian pusingan pertama ditutup

Untuk makluman semua, proses kiraan undi bermula hari ini bagi menentukan calon Top 5 dalam setiap kategori utama dan online yang bakal diumumkan pada Ahad, 10 Oktober sekali gus menjadi pusingan undian terakhir ABPBH 34. Sementara keputusan akhir bagi semua kategori utama dan online akan diumumkan pada malam kemuncak ABPBH iaitu 13 November depan.

Menurut Jawatankuasa Pengelola ABPBH, undian pusingan pertama untuk 14 kategori utama dan empat kategori online ABPBH 34 mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Proses undian tersebut dibuat melalui laman web ABPBH 34 iaitu www.abpbh.com.my dengan pilihan undian percuma, pakej langganan BH digital dan cetak serta undian bersama peranti Xiaomi, iaitu penaja utama ABPBH 34.

3 artis tarik diri

Menurut mereka lagi, undian diperoleh empat calon awal ABPBH 34, iaitu tiga artis dalam kategori solo, iaitu Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular dan Artis Versatil Popular serta seorang calon kategori YouTuber Popular, yang mengumumkan menarik diri sebelum ini tidak akan dikira, sekaligus tidak disenaraikan dalam Top 5.

Bagaimanapun, undian diperoleh tiga artis terbabit (Zizan Razak, Zul Ariffin, Remy Ishak) untuk kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular dan Gandingan Serasi Filem Popular, tetap diambilkira atas faktor pencalonan adalah mengikut watak gandingan yang dibawa calon dalam drama atau filem, selain mahu berlaku adil kepada pasangan atau pelakon yang digandingkan dalam karya dipertandingkan.

Jadi jangan lepaskan peluang undi artis kesayangan korang dalam undian pusingan kedua ABPBH 34 bermula 10 Oktober hingga 31 Oktober ini di www.abpbh.com.my

SKIP THIS AD ×