berita

Gagal Masuk Sekolah Penerbangan, Lelaki Ini Menyamar Jadi Pilot Persis Filem Catch Me If You Can

March 27th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Setiap dari kita berusaha untuk merealisasikan cita-cita yang pernah diimpikan sejak bangku sekolah lagi. Tambahan, segelintir dari kita sanggup melakukan pelbagai cara untuk mengapai impian pekerjaan selain dapat membanggakan keluarga.

Seperti tindakan yang dilakukan seorang warga Indonesia ini sanggup menyamar sebagai ‘fake pilot’ demi memenuhi hasratnya sejak kecil lagi.

Berlegar di sekitar terminal

Menurut The Jakarta Post, lelaki yang dikenali Alvin Adithya Darmawan bertindak berpakaian seragam menyerupai seorang juruterbang pesawat Garuda Indonesia dan didapati terdapat kad pengenalan anak kapal Garuda bersamanya.

‘Fake Pilot’ itu telah berjalan daftar masuk kaunter syarikat penerbangan pada jam 11.40 pagi, Jumaat lalu. Menurut Ketua Polis Soekarno-Hatta, Victor Togi Tambunan melaporkan lelaki tersebut kelihatan berlegar-legar di sekitar terminal sebelum menuju ke bahagian pemeriksaan keselamatan.

Penyamaran terbongkar

Malangnya, penyamaran tersebut terbongkar apabila dia bertembung dengan juruterbang Garuda, Kapten Andre yang curiga dengan tindakan lelaki tersebut.

Based on his suspicions, captain Andre then talked to the man, but he replied with unclear answers.

Kapten Andre berborak bersama ‘fake pilot’ tentang beberapa perkara dan mula curiga apabila didapati soalan tersebut tidak dapat dijawab dengan jelas oleh lelaki berkenaan. Kapten Andre kemudian bertindak melaporkan ‘fake pilot’ kepada pegawai keselamatan.

Obses mahu jadi juruterbang

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Soekarno-Hatta, James Hasudungan Hutajulu berkata setelah menyiasat turut mendapati lelaki itu merupakan salah seorang penumpang penerbangan Garuda ke Semarang.

When he graduated high school he applied to get into a pilot school but he failed.

Tambah laporan pihak polis lagi mendapati Alvin Adithya obses mahu menjadi seorang juruterbang, namun gagal dalam permohonan jurusan selepas tamat sekolah menengah.

Sumber: The Jakarta Post

SKIP THIS AD ×