Sekadar gambar hiasan
Di Alor Timur, Indonesia seorang pelajar sekolah menengah dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai didenda oleh gurunya sendiri. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku Sabtu yang lepas (16/10/2021) pada jam kira-kira 11 pagi waktu tempatan.
Artikel Berkaitan: Dipaksa Ketuk Ketampi 150 Kali Kerana ‘Seludup’ Snek Dalam Asrama, Pelajar Alami Cacat Kekal & Kemurungan
Artikel Berkaitan: Gagal Jawab Soalan Matematik, Pelajar Perempuan Maut Didenda Cikgu
Dipercayai didera oleh guru sendiri
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribun News, mangsa yang dikenali sebagai MM berusia 13 tahun dikatakan meninggal dunia selepas dipukul oleh gurunya berusia 40 tahun. Difahamkan, punca suspek berbuat demikian adalah disebabkan tindakan mangsa yang didakwa gagal untuk menyiapkan kerja rumah yang telah diberi.
Selepas mendapat tahu mangsa tidak membuat kerja rumah yang diberi, emosi suspek dikatakan berubah sebelum dia bertindak memukul kepala, tangan, dan betis mangsa. Apa yang lebih mengejutkan, apabila suspek didakwa turut menendang di bahagian punggung mangsa.
Susulan daripada itu, mangsa yang mengalami luka di bahagian leher, punggung dan betis pulang ke rumah lalu, melaporkan insiden tersebut kepada kedua ibu bapanya.
Dikejarkan ke hospital
Sekadar gambar hiasan
Pada keesokan harinya, mangsa mengadu mengalami kesakitan sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Mangsa dilaporkan telah ditahan selama dua hari di Hospital Kalabahi Alor sebelum disahkan meninggal dunia pada Selasa (26/10/2021).
Mangsa telah dirawat selama dua hari di hospital dan akhirnya meninggal pagi ini sekitar pukul 10.00.
Ujar Ketua Polis Daerah Alor, AKBP Agustinus Christmas pihaknya kemudian bertindak menahan suspek untuk dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan.
Suspek telah ditahan sekitar jam 01.00.
Sumber: Tribun News