berita

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 2 Bulan, Disalurkan Ke Tabung Covid-19

March 26th, 2020 | by faris
Kini Trending

Sejak perintah kawalan pergerakan dijalankan sejak 18 Mac lalu, tidak sedikit kalangan rakyat yang terkesan terutamanya mereka yang berpendapatan rendah atau digaji secara harian. Pelbagai tabung dilancarkan untuk membantu meringankan beban golongan ini.

Pejabat Perdana Menteri pada Khamis mengumumkan langkah tersendiri bagi menolong rakyat yang terkesan kerana Covid-19.

Potongan 2 bulan gaji menteri

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Facebooknya mengumumkan potongan dua bulan gaji jemaah menteri untuk disalurkan ke Tabung Covid-19. Keputusan itu dibuat pada mesyuarat kabinet pada 25 Mac agar gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan menteri dipotong.

Tambah Muhyiddin. langkah itu diambil sebagai bukti kerajaan serius menangani wabak berkenaan dan membantu mereka yang terkesan.

Disambut baik rakyat

Sumber: Tan Sri Muhyiddin Yassin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×