Khas buat kaki teknologi atau peminat Samsung di luar sana, min ada berita menarik buat korang!
Bermula 22 Februari sehingga 2 Mac 2025 ini, Samsung Malaysia bakal melangsungkan sebuah acara mega, Galaxy Land bertempat di Raintree Plaza, The Exchange TRX.
Apa yang menarik di Galaxy Land?
View this post on Instagram
Galaxy Land yang berlangsung jam 10 pagi sehingga 10 malam ini akan menjadi tempat wajib singgah untuk semua yang nak alami sendiri teknologi AI terbaru menerusi pelancaran peranti siri Samsung Galaxy S25!
Dengar cerita, teknologi terbaru yang akan dipamerkan ni memang lain dari yang lain!
Dalam erti kata lain, korang berpeluang untuk merasai pengalaman penggunaan peranti dengan teknologi AI yang lebih smart, lebih mudah, dan lebih ‘power’ dalam membantu korang buat apa saja dengan lebih efisien.
Bukan setakat tengok je, tapi korang boleh rasa sendiri kuasa AI dalam genggaman menerusi cabaran dan aktiviti menarik yang disediakan.
Selain itu, Samsung Malaysia turut memperkenalkan Galaxy AI Adventure di mana korang berpeluang melengkapkan kesemua misi yang diberikan dengan menggunakan teknologi AI terbaru bagi merebut hadiah eksklusif!
Oh ya, siapa cepat, dia dapat tau!
Turut dilengkapi dengan persembahan para artis
View this post on Instagram
Berlangsung pada 22 Februari ini jam 8 malam, korang bukan sahaja dapat enjoy untuk merasai pengalaman menggunakan peranti Samsung dengan teknologi AI, malah turut dihiburkan dengan persembahan para artis seperti DOLLA, Uriah, dan Dukes. Confirm syok habis!
Dapatkan promosi eksklusif sehingga RM1,500 dengan setiap pembelian siri Samsung Galaxy S25!
Buat korang yang mahu menjadi yang terawal di Malaysia memiliki siri Samsung Galaxy S25, mungkin inilah tempat untuk korang mencubanya!
Sebabnya, Samsung Malaysia sedia menawarkan promosi eksklusif sehingga RM1,500 untuk setiap pembelian Samsung Galaxy S25.
Korang boleh dapatkan promosi berbaloi ini menerusi pembelian di Samsung Store seluruh Malaysia atau menerusi laman rasmi Samsung. Menarik bukan?
Jadi, apa tunggu lagi? Ayuh save the date dan ajak kawan-kawan korang untuk alami sendiri kecanggihan teknologi AI di Galaxy Land! Jom kita explore masa depan sama-sama!
Ketahui lebih lanjut mengenai siri Samsung Galaxy S25 di SINI.