Pucuk kepimpinan perlu menjadi contoh yang baik kepada rakyat kerana mereka merupakan orang yang dipercayai dan dilantik oleh masyarakat untuk menjadi menteri. Namun lain pula yang ditunjukkan oleh YB Sim Tze Tzin yang merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Menerusi Facebooknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Bayau Baru Pulau Pinang telah memuat naik foto bekas Timbalan Menteri Malaysia sebelum ini iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi berserta kapsyen yang mengundang amarah netizen.
Ada unsur perkauman dalam kaption
Foto Datuk Seri Zahid Hamidi bersama Skuad Sabil UMNO ini dimuat naik oleh YB Sim Tze Tzin berseta kapsyen ‘Akhirnya, 1 juta Pak Guard dari Bangladesh telah sampai. ka ka ka’.
Kapsyen yang ditulis beliau ini telah mendapat kecaman netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan cara pemimpin itu. Segelintir netizen menyifatkan ianya terlalu kurang ajar dan tidak bermoral. Posting itu bagaimanapun telah dipadam beberapa jam kemudian.
Bekas PM kesal dengan kenyataan itu
Turut mendapat perhatian, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak turut meluahkan rasa kesal terhadap menteri berkenaan yang menunjukkan sikap perkauman. Menurut beliau, sebagai seorang pemimpin sikap berkenaan tidak sepatutnya ada.
Undang marah netizen
Sumber: Sim Tze Tzin, Najib Razak