berita

Gambar Promosi Vikingdom Terima Kutukan

August 28th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

1132011_vikingdomkru-a

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi filem tempatan bertaraf antarabangsa terbitan KRU Studios akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapore , Amerika Syarikat dan beberapa buah negara lain.

Artikel berkaitan:

Jadi bagi membangkitkan kesedaran masyarakat mengenai filem ini, isteri kepada Yusry, Lisa Surihani turut sama membantu mempromosikan Vikingdom dengan berkongsi gambar-gambar promo di laman Instagram miliknya.

Namun begitu, lain yang diharap lain pula yang diterima apabila terdapat segelintir pengikut Lisa di Instagram telah mengkritik gambar promo yang dianggap poster itu.

Screen Shot 2013-08-27 at 17.33.50

Screen Shot 2013-08-27 at 18.06.54

Bagaimanapun melalui respon Lisa, pelakon itu seolah-olah hairan mengapa ramai yang menjadikannya sebuah isu besar sedangkan ianya bukanlah sekeping poster seperti yang difikirkan.

Screen Shot 2013-08-27 at 17.57.45

Tidak kisahlah ianya poster ataupun tidak, tapi OHBULAN! berpendapat bahawa gambar-gambar promosi yang digunakan untuk sesebuah filem atau karya lain haruslah menarik minat orang yang melihatnya.

Apapun, jom tengok beberapa keping lagi foto yang dikongsikan oleh Lisa dan kemudian anda nilailah sendiri tahap kualitinya. Mungkin bagi orang lain, ianya sudah cukup baik. Al-maklumlah, manusia kan mempunyai pendapat yang berbeza-beza.

SKIP THIS AD ×