Sejak kebelakangan ini, kes curang semakin menjadi-jadi sehingga berlaku penceraian. Kebiasaannya yang menjadi punca keretakan rumah tangga ialah penggunaan laman sosial yang tidak terkawal. Menerusi Twitter seorang wanita berkongsi kisah dia diganggu oleh seorang suami orang yang sering menghantar DM di Instagram.
Lelaki tersebut sering mengajaknya keluar makan dan menonton wayang. Tambah menyakitkan hati, si suami orang ini tanpa rasa segan silu mengatakan bahawa isterinya tidak kisah untuk dia keluar bersama perempuan lain.
Gambar terang-terang dengan bini
Menerusi gambar perbualan lelaki tersebut mengajak wanita itu pergi ke Genting dan Cameron berdua-duaan. Walaupun pelawaan lelaki tersebut sudah ditolak, dia tidak serik untuk mencuba mengajak wanita itu keluar tanpa rasa segan silu.
Laki orang ni sejenis sangap kot
Selain itu, wanita tersebut turut mengingatkan lelaki tersebut tentang dia telah mempunyai seorang isteri, namun nasihat wanita itu diendahkan. Tambah lagi, lelaki berkenaan berkata bahawa isterinya tidak akan marahnya keluar bersama wanita lain kerana tinggal berjauhan.
Cukup sakit hati
Sumber: Twitter