Pelakon Gambit Saifullah meluahkan rasa syukur kerana setiap lakonannya mendapat sambutan yang baik daripada penonton dan peminat walaupun wajahnya jarang menghiasi kaca televisyen.
Artikel Berkaitan: Gambit Tolak Tawaran Watak ‘Gay’, Cukup Hanya Dalam ‘Suamiku Lelaki Pendosa’
Idam watak yang mencabar diri
Menurut Gambit, dia berasa sangat gembira apabila setiap kali kembali dengan projek drama baru, naskhah tersebut berjaya menarik perhatian penonton.
Saya tidak menafikan kehidupan sebagai selebriti menarik tetapi saya bukan orang yang begitu kerana saya ada kehidupan peribadi sendiri. Kita juga perlu melihat tujuan hidup masing-masing dan bagaimana seseorang itu mengukur tahap kejayaan mereka.
Saya juga bersyukur kerana setiap kali selepas saya kembali dengan projek drama baru selepas bercuti panjang, naskhah itu berjaya menarik perhatian penonton.
Tambah Gambit, dia mempunyai cara tersendiri untuk kekal relevan dalam industri seni.
Sebenarnya, saya akan berehat panjang selepas selesai sesuatu projek drama.
Kadang kala, saya berlakon dua tahun dan kemudian bercuti pula setahun. Ada kalanya, saya berlakon setahun dan lepas itu bercuti pula sebulan.
Berbicara lebih lanjut, pelakon ‘Suamiku Lelaki Pendosa’ ini turut mengakui bahawa dia memerlukan ruang untuk kehidupan peribadinya.
Saya juga sama seperti orang lain perlukan ruang untuk diri sendiri selepas penat bekerja. Bukan hanya untuk menjaga nilai eksklusif sahaja sebaliknya seseorang pelakon perlu ada masa untuk ‘recharge’ semula tenaga sebelum kembali dengan projek baharu.
Disoal mengenai watak yang diidamkan setakat ini, Gambit secara ringkas menjawab dia mahu watak yang mencabar diri seperti autisme.
Saya menang berminat untuk melakonkan watak berbeza seperti cacat penglihatan atau bisu dalam lakonan. Sebagai orang yang normal memang sukar untuk melakonkan watak sedemikian tetapi saya memang sedia menyahut cabaran itu.
Saya memang tidak suka watak tipikal kerana penting untuk seseorang pelakon mencabar lakonan dengan watak berbeza sekali gus mendapat kepuasan dalam lakonan.