berita

Ganti Judika Duet Dengan Shila Amzah, Siapa Sebenarnya Afif Tirmizie? Sekali Buka Mulut, Memang Power!

November 22nd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Disebabkan pandemik Covid-19 melanda dunia, penyanyi Shila Amzah terpaksa mencari pengganti bagi menggantikan tempat Judika di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 malam tadi. Mungkin ramai juga berteka-teki dengan bakal penyanyi lelaki yang selayaknya menggantikan suara dan vokal hebat seperti Judika.

Artikel berkaitan: ‘Satu Penghormatan Apabila Beliau Nyanyi Lagu Saya’ – Siti Nurhaliza Teruja Aishah Ganti Di SFMM

Akhirnya, Shila Amzah membawa Afif Tirmizie yang merupakan seorang penyanyi dan tenaga pengajar vokal untuk bersamanya membawa lagu ciptaan lirik Amylea dan komposer Farouq Roman. Memang padu juga vokal Afif. Sekali buka mulut, pergghhhh!

Tiada praktis, terus rehearsal

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Shila Amzah menerusi laman Instagramnya meluahkan rasa terima kasih kepada pencipta lagu iaitu Amylea dan Farouq Roman. Malah, dia juga mengakui agak runsing untuk mencari pengganti kepada penyanyi Judika yang tidak dapat hadir ke Malaysia disebabkan pandemik.

Tambah Shila lagi, dia akhirnya menjumpai Afif Tarmizie pada tiga hari sebelum mengadakan persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 itu. Pasangan duet ini juga difahamkan kurang latihan di saat-saat terakhir dan hanya fokus ketika rehearsal sahaja.

Siapa Afif Tarmizie?

Afif Tarmizie merupakan seorang penyanyi, tenaga pengajar vokal, penulis lirik lagu dan juga pengacara. Afif sebelum ini pernah menyertai pertandingan realiti iaitu Akademi Fantasi musim ke-9.

Dia yang mempunyai pengikut seramai 15.9 ribu di Instagram itu telah mempunyai beberapa buah lagu termasuk Maaf bagi OST Perempuan Tanpa Dosa, Nadi bagi OST Jika Masih Ada Rindu dan Sendiri ft. Kmy Kmo.

Afif Tirmizie ganti Judika

https://www.youtube.com/watch?v=wioFshBG5jc

Masih berbaki satu episod lagi bagi Muzik-Muzik Separuh Akhir 35 untuk mengetahui 12 buah lagu yang bakal berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 35. Lagu manakakah yang diramalkan untuk ke pentas AJL35?

Jangan lupa saksikan pada 22 November 2020, jam 9.00 malam bersiaran langsung di TV3 atau anda boleh menonton di Tonton dan Youtube TV3 Malaysia Official.

Sumber: TV9Malaysia Official, Shila Amzah, Afif Tirmizie

SKIP THIS AD ×