
Seorang wanita mendedahkan tentang perbuatan zalim iaitu terajang yang dilakukan oleh bekas suami, mentua dan iparnya ketika dia sedang berbadan dua.
Artikel Berkaitan: Wanita Dedah Tungakan Nafkah Anak Lebih RM48k, Fatin Afeefa Respon – ‘Perintah Allah Tak Dipeduli’
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Liyana Sokong Wanita Pilih Berhias Hadiri Prosiding Perceraian – ‘Pakai Hitam Buat Apa?’
Luahan wanita kena terajang


Menerusi hantaran di Threads, wanita tersebut mengimbas kembali detik hitam dengan mendakwa dirinya menjadi mangsa penderaan bekas suami gara-gara tidak memaklumkan kepada ibu mentua tentang percutian mereka.
Kena terajang perut masa hamil tujuh bulan sebab pergi bercuti dekat Melaka, disebabkan kantoi.
Style mak dia, kalau nak pergi jalan mana-mana kena minta izin dulu. Tapi masa tu kami tak beritahu.
Menurut wanita itu, kakak ipar dan adik iparnya juga mendorong tindakan tersebut sehingga bekas suaminya tergamak berbuat demikian.
Kakak dia maki hamun dia, adik jantan dia pula tambah perasa sekali hamun konon maknya terpaling sedih menangis.
Tambah wanita berkenaan, selepas menerima tekanan daripada keluarga, bekas suaminya bertindak menerajang perutnya sebagai bukti rasa hormat terhadap ibu.
Dia nak puaskan hati mak dia, kakak dan adik dia, itu yang dia terajang perut saya dengan harapan saya mati.
Adik dia kata dia berdosa besar anak derhaka sebab buat mak terasa hati. Dia takut kakak dia ugut, jadi dia nak pujuk mak dia lah, nak tunjuk dia sayang mak dia dan takut jadi anak derhaka, dia buat macam tu dekat saya.
Walau bagaimanapun, wanita tersebut mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan rumah tangganya yang toksik itu dan dia kini telah pun kembali bergelar isteri kepada seorang lelaki lain.
Sumber: Threads





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

