Polis telah menahan lelaki di Vietnam pada Khamis lalu kerana mengunci rumah jiran dengan tujuh orang berada di dalamnya sebelum dia membakar kediaman itu.
Artikel Berkaitan: Cemburu Punya Pasal, Suami Simbah Petrol Sebelum Baling Puntung Rokok Pada Isteri
Artikel Berkaitan: 100 Orang Maut Dalam Tragedi Kebakaran Di Majlis Perkahwinan
Marah selepas ditegur bising
Menerusi laporan VNExpress, kejadian berlaku disebabkan lelaki tersebut marah selepas jirannya menegurnya bising.
Suspek, Huynh Tan Duy, 37, ditahan dan menghadapi tuduhan cubaan membunuh selepas kesemua mangsa berjaya melarikan diri walaupun mempunyai kecederaan.
Siasatan mendapati Duy telah bertengkar dengan jirannya, seorang lelaki berusia 39 tahun, pada malam Selasa kerana dia mengadu bahawa Duy membuka pintu terlalu kuat sehingga menyebabkan anak lelakinya yang berusia 1 tahun menangis.
Duy menunggu sehingga lewat tengah malam dan membawa tin petrol dan tali besi ke atas rumah jiran.
Dia mengikat pintu dengan tali besi untuk menghalang orang ramai membukanya dari dalam, sebelum menyimbah petrol ke tingkap rumah untuk membakarnya.
Namun, tujuh orang berjaya melarikan diri dengan memecahkan pintu belakang mereka, walaupun dua orang cedera selepas terjun dari tingkat dua.
Sementara itu, polis telah menghantar 20 pegawai untuk memindahkan orang ramai dari kawasan itu dan 30 anggota bomba dengan lima trak bomba untuk memadamkan kebakaran dalam masa kira-kira 20 minit.
Kebakaran itu memusnahkan tiga motosikal dan beberapa barangan di rumah sehingga menyebabkan kerosakan bernilai hampir VND200 juta (RM38,687.89).
Sumber: VNExpress