Seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam keadaan yang mengerikan apabila mayat mangsa telah dibungkus dengan selimut kemudian ditutup dengan timbunan bantal.
Susulan itu, Harian Metro turut melaporkan punca berlakunya pembunuhan itu dipercayai kerana oleh mangsa yang enggan rujuk semula dengan bekas suaminya. Difahamkan juga, pasangan ini telah bercerai sejak beberapa bulan yang lalu.
Mangsa enggan rujuk semula
Berang dengan keputusan isterinya, suspek kemudian bertindak ganas dengan membunuh mangsa sebelum membungkus mayat menggunakan selimut tebal. Suspek juga didakwa telah beberapa kali datang ke rumah tersebut dengan tujuan memujuk mangsa untuk memperbaiki hubungan mereka semula.
Namun, mangsa enggan rujuk semula sebelum berlaku pergaduhan dan mangsa dibunuh. Suspek kemudian melarikan diri dan kini sedang giat dikesan.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, hasil bedah siasat mendapati terdapat kecederaan di kepala mangsa akibat hentakan objek tumpul.
Pemeriksaan luaran mendapati mangsa cedera di kepala akibat hentakan objek tumpul namun tidak serius dan terdapat beberapa kesan lebam pada jari tangan kanannya.
Punca kematian mangsa adalah lemas akibat ditutup saluran pernafasan atau asphyxiation due to smothering.
Berlaku pergaduhan dalam rumah mangsa
Tambahan pula menurut jiran, sebelum ini dia pernah melihat pihak polis ada datang ke rumah mangsa selepas menerima aduan daripada jiran tetangga tentang bunyi pergaduhan dari rumah tersebut. Namun, tiada apa-apa yang berlaku selepas itu.
Pagi semalam (kelmarin), saya terserempak dengan beberapa individu memperkenalkan diri sebagai rakan wanita itu.
Mereka memaklumkan mahu menjemput anaknya (anak mangsa) selepas menerima panggilan telefon daripada wanita itu yang minta berbuat demikian pada malam sebelumnya.
Walau bagaimanapun, rakan-rakannya mendakwa bekas suami mangsa tidak membenarkan mereka masuk ke dalam rumah untuk menjemput anaknya.
Sumber: Harian Metro