berita

Gara-Gara Ibu Bapa Hipokrit , Remaja Menggembara Solo Dan Akhirnya…

September 13th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Kisah sebenar kehidupan seorang mahasiswa Harvard  University, Cambridge telah menjadi inspirasi dan diadaptasikan ke dalam filem terkenal, Into The Wild arahan Jon Krakauer. Gara-gara mengalami tekanan dari kedua orang tuanya, dia membuat keputusan untuk menggembara ke seluruh benua Amerika Utara dan akhir sekali menamatkan riwayat hidup di Alaska.

Remaja ini mati pada usia 24 tahun, dipercayai akibat kebuluran melampau. Sebuah buku diari ditemui oleh pemburu tempatan dan lihat nota terakhir yang ditinggalkan pemuda ini…

Mudah mendapat fasiliti

Christopher McCandless adalah seorang lelaki kelahiran El Segundo, California. Dia merupakan pelajar terbaik di Emory College, dan telah mendapat tawaran untuk melanjutkan kuliah di Harvard dalam jurusan undang-undang.

Ayahnya bernama Walter McCandless ‘Walt’, seorang antenna specialist yang bekerja untuk NASA dan juga memiliki syarikat konsultan di bidang teknologi. Ibunya bernama Wilhelmina Johnson ‘Billie’ bekerja sebagai ahli runding di tempat kawasan tempat tinggal mereka.

Dengan kejayaan kedua orang tuanya dalam kerjaya mereka, McCandless mudah mendapat semua fasiliti yang dia perlukan dan memiliki hidup yang boleh dikira sudah mencukupi.

Penuh dengan kemunafikan

Walaupun dalam kehidupan sosial orang tua McCandless adalah individu yang berjaya, namun McCandless beranggapan lain. Baginya, kedua orang tuanya hanyalah tokoh masyarakat kelas menengah yang hipokrit dan penuh dengan kemunafikan.

Ini kerana ayahnya sering melakukan kekerasan pada ibunya. Kerana merasa dirinya “dibohongi” akhirnya membuat McCandless termotivasi untuk melakukan sebuah perjalanan dan pengembaraannya sendiri. Dia juga sempat mengutip perkataan Thoreau yang berbunyi: “Rather than love, than money, than faith, than fame, than fairness… give me truth”

Bekalan minimum ke Alaska

Awal perjalanan panjangnya menyusuri kesejukkan Alaska adalah selepas Christopher McCandless lulus dari Emory University pada 12 Mei 1990. McCandless diberikan hadiah kereta baru dari orang tuanya. Namun McCandless menolak.

Wang kuliahnya yang seharusnya dia manfaatkan untuk melanjutkan kuliah telah dia sumbangkan ke Oxfam International, sebuah yayasan amal yang berjuang melawan kelaparan sebesar $24,000.

McCandless pergi mengembara dengan dipengaruhi oleh karya-karya Jack London, Leo Tolstoy dan Henry David Thoreau. McCandless mengembara ke seluruh benua Amerika Utara dan akhirnya melangkah ke Alaska pada bulan April 1992. McCandless ke Alaska dengan bekalan yang minimum dan tidak pernah memiliki pengalaman hidup di Alaska.

Tiada ilmu dan cara survival

Sudah sekian lama, McCandless mimpikan “Alaskan Odyssey”. Memasang impian ingin hidup di padang gurun Alaska yang jauh dari peradaban kehidupan manusia dan ingin “menemui dirinya yang sebenar”.

Dia hanya membawa bekalan seadanya. McCandle juga tiada ilmu pengetahuan tentang cara untuk survival. Dia betul-betul bergantung pada alam sepenuhnya. Dia dengan sekuat tenaganya bertahan di tengah-tengah kebekuan dan kesunyian Alaska.

Jim Gallien, salah seorang warga tempatan yang memberi tumpang kepada McCandless mengatakan bahawa McCandless tidak ingin melihat sesiapa pun. McCandless memberikan jam miliknya kepada Jim dan membuang beberapa bekalannya seperti wang, peta, bahkan sikat rambutnya.

Merebus landak dan burung

McCandless hanya ingin menjalani hidup tanpa tahu hari itu hari apa, waktu apa atau di mana dia berada. Di Gurun Alaska, McCandless tinggal di dalam sebuah Bas Faibanks 142, peninggalan International Harvester tahun 1940-an.

Di tempat ini dia masih memiliki bekalan sedikit beras, senapang semi-automatik Remington kaliber 22 LR, sebuah buku panduan tentang tanaman tempatan, beberapa buku lain, dan beberapa peralatan untuk berkhemah. Dia juga sering mencatat apa yang berlaku dalam sebuah buku hariannya.

McCandless yakin bahawa dirinya boleh mencari makanan dari tumbuhan dan berburu binatang. McCandless merebus landak dan burung. Dia berjaya membunuh rusa besar, namun dia tidak tahu untuk menjadikannya makanan.

Kesepian dan ketakutan

(Sungai Teklanika)

Pada bulan July, setelah tinggal di dalam bas selama tiga bulan, dia memutuskan untuk meninggalkan tempat itu. Tetapi jalannya terputus oleh aliran Sungai Teklanika yang deras dan semakin tinggi daripada mula-mula dia melaluinya pada bulan April kerana gagal menyeberang, akhirnya dia kembali ke bas. “Bencana, hujan turun, sungai terlihat tidak mungkin,” Dia juga menulis bahawa dia “kesepian, ketakutan.”

Telah mati lebih dari 2 minggu

McCandless tinggal di dalam bus selama 113 hari. Di hari-hari terakhirnya, dia mencatat SOS untuk meminta bantuan siapa pun yang menjumpainya kerana dia terluka dan berasa terlalu lemah. McCandless akhirnya ditemui pada 6 September 1992 oleh seorang pemburu tempatan bernama Butch Killian di bahagian bilik tidur dalam bas tersebut.

McCandless telah mati selama lebih dari dua minggu dan beratnya ketika ditemui adalah 30kg. Melalui penelitian, penyebab kematian McCandless adalah menderita kelaparan yang melampau. Ada juga spekulasi yang mengatakan mungkin dia telah menelan biji beracun iaitu Hedysarum alpinum. McCandless mati diusia 24 tahun.

Pada 12 Ogos 1992, McCandless menulis banyak catatan terakhir dalam buku hariannya, salah satunya adalah “SAYA TELAH HIDUP BAHAGIA DAN TERIMA KASIH TUHAN. SELAMAT TINGGAL SEMOGA TUHAN MERAHMATI ANDA SEMUA”

Habiskan hari-hari terakhir

Filem Into The Wild adalah adaptasi dari kisah McCandless dan ditayangkan pada tahun 2007. Hampir semua adegan filem ini dilakukan sama sepertimana perjalanan yang dialami Christoper McCandless.

Namun, tidak untuk adegan di dalam bas tersebut. Sebagai bentuk penghormatan terhadap keluarganya, produser filem Sean Penn, memilih menggunakan replika “magic bus” sahaja.

Magic Bus tempat McCandless bermalam dan habiskan hari-hari terakhirnya masih tetap ada di sana. Jika berkunjung ke sana, terdapat batu memorial yang dibangun untuk mengenang Chris McCandless.

Jam tangan sebenar

Emile Hirsch sebagai Chris McCandless.

Jam tangan berwarna emas tersebut merupakan milik sebenar Christoper McCandless. Sebelum melakukan pengembaraan ke Alaska, Chris McCandless memberikan jam tangan itu kepada Jim Gallien. Gallien kemudian memberikan jam itu kepada pelakon tersebut sebagai hadiah.

Keadaan dalam bas tempat terakhir McCandles menghabiskan sisa-sisa hidup dan catatannya ditemui.

Batu memorial dibangunkan mengenang bagi mengenang perjuangan McCandles.

Sumber: Jasson King Fan

SKIP THIS AD ×