Kesabaran seorang kakak semakin menipis apabila dia sanggup menembak adiknya sendiri selepas disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya.
Artikel Berkaitan: Dituduh Sebagai Penyebar Covid-19, ‘Mat Pet’ Bunuh Kakak Ipar Sendiri
Cedera terkena tembakan
Memetik laporan Hindustan Times, pertengkaran itu tercetus selepas suspek yang dikenali sebagai Sonu, 30, tidak berpuas hati dengan adiknya, Sumaila Begum, 20, yang tidak mengendahkan permintaannya supaya memutuskan hubungan dengan suaminya.
Difahamkan, adiknya itu telah menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya sejak setahun yang lalu.
Menurut jurucakap polis India, suspek yang tidak berpuas hati lantas mengeluarkan sepucuk pistol lalu melepaskan tembakan ke arah mangsa.
Tembakan yang dilepaskan suspek terkena pada dinding sebelum memantul dan terkena pada bahagian pipi Sumaila sehingga menyebabkan berlakunya pendarahan yang banyak.
Sumaila kemudiannya terus dibawa ke hospital oleh seorang lagi kakaknya manakala Sonu berjaya ditahan pihak polis untuk membantu siasatan.
Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan India kerana percubaan membunuh.
Sumber: Hindustan Times