berita

Gara-Gara Kemurungan, Wanita Bertindak Terjun Dari Jambatan Sebelum Diselamatkan Suami

April 17th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di Pulau Pinang, seorang wanita bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang dipercayai mengalami kemurungan dan nyaris maut dalam cubaan bunuh diri itu. Memetik laporan Kosmo Online, wanita berusia 40an itu bagaimanapun telah diselamatkan oleh suaminya sendiri yang turut berada di lokasi kejadian ketika itu.

Isteri terjun dari jambatan

Menurut laporan Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 4.40 petang sebelum pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian. Bagaimanapun, pihak berkuasa telah menggunakan kaedah ‘rappelling’ untuk memujuk dan menenangkan mangsa.

Difahamkan, suami mangsa telah bertindak terjun bagi menyelamatkan isterinya yang kelihatan sudah terkapai-kapai.

Ketika bomba tiba, terdapat seorang wanita yang terjun ke dalam laut dari atas Jambatan Pulau Pinang. Mangsa sebelum itu telah diselamatkan dan dibawa oleh suaminya ke tiang jambatan nombor 107 sebelum jentera bomba tiba. Mangsa yang selamat kemudiannya berjaya dibawa naik melalui Pangkalan Polis Marin, Batu Uban.

Pujuk dan tenangkan mangsa

Sumber: Penang Kini, Kosmo

SKIP THIS AD ×