berita

Gara-Gara Komen Di FB, ‘Cik Miera’ Dipanggil Ke Inkues Muhammad Adib

March 27th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Prosiding inkues kematian Muhammad Adib, anggota bomba yang maut selepas cedera teruk ketika bertugas semasa rusuhan di sebuah kuil sedang berlangsung. Pemilik nama ‘Cik Miera’ yang dipercayai seorang jururawat di Institut Jantung Negara (IJN) sebelum ini mencetuskan kontroversi menerusi hantaran komen di Facebook.

Menerusi Harian Metro, wanita ini menjadi saksi ke-25 inkues berkenaan dan dipanggil tampil ke prosiding di Mahkamah Koroner. Komen Cik Miera di Facebook mendapat perhatian umum gara-gara menyatakan bahawa kecederaan Muhammad Adib adalah disebabkan keganasan bukan kemalangan.

Komen Cik Miera

Menerusi komen itu, Cik Miera menyatakan bahawa kecederaan yang di alami Muhammad Adib adalah disebabkan keganasan bukan kemalangan.

Terdahulu, saksi ke-24, Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi memberitahu corak kecederaan pada anggota bomba itu adalah tidak berpadanan akibat dipukul. Kenyataan ini bagaimanapun menerima kecaman dan kata-kata cacian daripada netizen kerana dianggap berbohong.

Bagaimanapun, jururawat itu kemudiannya telah menarik balik kenyataannya selain turut memadamkan hantaran yang dibuat di Facebooknya selepas perkara tersebut menjadi viral di media-media sosial.

Kita semua mahu mencari kebenaran

Saya tak buat apa-apa balasan di FB kerana saya mohon kalau boleh, kita semua mahu mencari kebenaran. Jika sekiranya ada maklumat lain berhubung kematian atau kecederaan lain yang tidak dijumpai semasa pemeriksaan klinikal dan bedah siasat, saya mohon dipanggil ke mahkamah untuk sahkan maklumat itu.

Dr Ahmad Hafizan merupakan pakar yang berpengalaman lebih dari 20 kali memberi keterangan di mahkamah dan meliatkan lebih daripa 10 kes bunuh menegaskan bahawa kecederaan pada Muhammad Adib adalah tidak sepadan dengan dikasari secara fizikal atau keganasan.

Cik Miera buat pusingan U

Terbaru, menerusi Sinar Harian juruwat IJN tersebut membuat kenyataan yang berlaianan dari apa yang dikatakan sewaktu komen di Facebook.

Saya mengikut emosi dan perasaan kerana beberapa hari sebelum itu, saya ada membaca mengenai saksi yang kehilangan telefon. Saya tidak pasti sama ada Asyraf beritahu saya sebelum atau selepas kematian Muhammad Adib. Asyraf ada beritahu dia tanya Muhammad Adib kena pukul ke, tetapi Adib menggeleng kepala pada pertanyaan pertama dan kedua serta Adib mengangguk pada pertanyaan ketiga.

Kepada doktor, saya meminta maaf kerana bertindak mengikut emosi tanpa mengetahui fakta sebenar kejadian. Saya juga memohon maaf kepada semua terlibat kerana ia telah menimbulkan kekecohan.

Dia memberitahu mahkamah dia hanya ingin memperjelaskan kenyataannya itu dan tiada desakan daripada mana-mana pihak.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×