Baru-baru ini, tular satu video pergaduhan di sebuah kedai peranti Apple di Kamla Nagar, India disebabkan orang ramai menyerbu premis tersebut untuk mendapatkan iPhone 15 keluaran terbaru.
Artikel Berkaitan: Mak-Mak Bergaduh, Anak Yang Bercerai-Berai..
Artikel Berkaitan: Penjawat Awam Maut Bertumbuk Gara-Gara Disyaki Kacau Isteri Orang
Pelanggan tidak puas hati
Menerusi laporan Livemint, pergaduhan tercetus selepas pelanggan tidak berpuas hati kerana berlaku kelewatan dalam membekalkan iPhone 15.
Dalam satu video yang tular, pergaduhan berlaku antara pelanggan dan pekerja premis berkenaan sehingga menyebabkan polis Delhi mengambil tindakan undang-undang terhadap pelanggan yang dituduh.
Selain cawangan di New Delhi, beberapa kejadian yang sama turut dilaporkan di kedai Apple di Mumbai serta di sebuah pusat beli-belah Dubai, Emiriyah Arab Bersatu, dimana orang ramai berebut-rebut untuk menjadi yang terawal untuk membeli iPhone 15.
Pada hari pertama jualan sahaja, orang ramai sudah menunggu berjam-jam untuk mendapatkan iPhone mereka.
Sekadar info, siri iPhone 15 dilancarkan pada 12 September lalu dan tempahan awal telah dibuka pada 22 September untuk pasaran Malaysia.
Sumber: Livemint