berita

Gara-Gara Nasi Lemak RM2, Pemandu Bas Teruk Dibelasah Sekumpulan Lelaki

December 26th, 2018 | by faris
Kini Trending

Video seorang pemandu bas ekspres dibelasah sekumpulan lelaki tersebar di laman sosial semalam. Video berdurasi 1 minit 49 saat memaparkan seorang lelaki berpakaian serba hitam dipukul lima lelaki di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Gambang arah timur.

Siasatan polis mendapati punca pergaduhan terbabit adalah pemandu itu tidak membayar harga nasi lemak bernilai RM2 dalam kejadian 1.30 pagi berkenaan.

Tak bayar penuh duit nasi lemak

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, siasatan awal mendapati pemandu bas ekspres itu hanya membayar RM1 untuk nasi lemak berharga RM2.

Berdasarkan keterangan pelayan gerai makanan di R&R itu harga nasi lemak dijual adalah berharga RM3 manakala untuk pemandu bas, lori, dan pelanggan tetap, diskaun diberi iaitu dijual pada harga RM2.

Pemandu bas ekspres itu hanya membayar RM1 menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

Pelayan dakwa dikasari

Dalam video berkenaan, mangsa dirakam ditumbuk dan ditendang beberapa kali oleh sekumpulan lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu bas itu yang kononnya mengasari seorang pelayan kedai.

Mohamad Noor berkata, pelayan terbabit mendakwa dia dicekik, dipukul di bahagian belakang kepala dan ditendang sebelum membuat laporan polis.

Bertindak atas maklumat yang diterima polis menahan pemandu bas ekspres terbabit di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 1.15 pagi tadi selepas dia tampil untuk memberi keterangan.

Pihaknya turut menahan enam lagi suspek lelaki berusia 32 hingga 44 tahun malam tadi bagi membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×