berita

Garis Panduan Lesen Minuman Keras Didakwa ‘Hukum’ Peniaga Kecil, Firdaus Wong Bidas Kenyataan P. Ramasamy

December 1st, 2020 | by Amat
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan beberapa garis panduan baharu berkenaan Lesen Minuman Keras (LMK) kepada premis yang menjual minuman tersebut. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Profesor Dr. P Ramasamy pernah mendakwa dan berpendapat garis panduan tersebut boleh ‘membunuh’ peniaga-peniaga kecil.

Pendakwah bebas iaitu Firdaus Wong menyifatkan peraturan itu dilaksanakan supaya masyarakat tidak mudah untuk mendapatkan minuman keras yang boleh mendatangkan kemuradatan.

Boleh membunuh peniaga kecil

Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Profesor Dr. P Ramasamy mendakwa garis panduan yang diperkenalkan DBKL itu adalah bukan diwujudkan untuk ‘menakut-nakutkan’ orang bukan Islam di Malaysia. Sebaliknya adalah bertujuan mencegah dan mengawal masalah sosial seperti keganasan rumah tangga dan kematian yang disebabkan pemandu mabuk.

Namun, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga berpendapat bahawa garis panduan tersebut seolah-olah dapat ‘membunuh’ peniaga kecil dan peruncit di Malaysia. Selain, menjejaskan sumber ekonomi dan pendapatan mereka.

Tanpa menyedari kesan garis panduan ini memberi impak yang lebih besar terhadap hak orang bukan Islam. Alkohol adalah barang kecil dalam penjualan dan penggunaan; mengapakah harus ada keperluan menggunakan kekuatan negeri untuk menyekat barang ini.

Bukan semua orang bukan Islam minum alkohol. Terdapat banyak di antara mereka yang tidak minum dan kepada sebilangan minuman keras adalah sesuatu yang haram seperti kepada umat Islam.

Tetapi mengapakah harus menghukum peniaga kecil dan peruncit?

Arak bukan keperluan asas

Sementara itu, memetik laporan Wilayahku, pendakwah bebas iaitu Firdaus Wong berpendapat garis panduan itu diwujudkan supaya masyarakat tidak mudah untuk mendapatkan minuman keras yang boleh mendatangkan kemuradatan.

Bila dikawal, itu bukan bermaksud kerajaan haramkan penjualannya tetapi supaya ia dapat dipantau. Dan jika peraturan itu dikatakan membunuh peniaga kecil, bagaimana pula dengan mereka iaitu pemandu mabuk yang membunuh keluarga kecil?

Arak bukan keperluan asas dan organisasi India sendiri mengakui mereka mempunyai masalah ketagihan yang mengakibatkan keganasan seperti pukul isteri dan sebagainya.

Jadi kalau kedai runcit, jual la barang runcit. Arak hanya sampingan sahaja. Tetapi kalau hendak jual arak, tukar status kedai runcit kepada bar.

Garis panduan LMK

Pada 16 November 2020 lalu, DBKL telah memperkenalkan garis panduan mengenai lesen minuman keras kepada kedai runcit dan kedai serbaneka. Premis tersebut tidak lagi dibenarkan untuk menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober tahun depan.

Tan Sri Annuar Musa menegaskan garis panduan tersebut adalah bertujuan bagi mengawal penjualan arak secara terbuka dan bebas selepas menerima pelbagai aduan daripada orang awam mengenai masalah penjualan arak kepada golongan bawah umur dan pelajar sekolah.

Antara garis panduan yang dinyatakan DBKL adalah LMK sedia ada di kedai runcit, serbaneka, ubat Cina, pembaharuan dibenarkan sehingga 30 September 2021 sahaja. Peniaga masih dibenarkan menjual bir setelah larangan berkuat kuasa tetapi hanya dari jam 7 pagi hingga 9 malam sahaja.

Pemilik premis mesti memastikan minuman beralkohol dipamer berasingan dari minuman lain, dan mengunci ruang rak pameran selepas jam 9 malam. Selain pembeli mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas.

Pasar raya, hypermarket, hotel, bar, dan pub masih dibenarkan menjual minuman keras tetapi mesti memastikan bahawa pelanggan berusia sekurang-kurangnya 21 tahun ke atas. Garis panduan ini juga menetapkan had waktu minuman beralkohol boleh dijual mengikut jenis premis, dengan pemohon atau pemegang lesen hanya untuk bukan Muslim.

Sumber: Wilayahku, Astro Awani, Malaysia Kini

SKIP THIS AD ×