berita

Gaya Berani Nabila Huda Untuk Majalah Glam Lelaki Edisi Februari 2013

February 14th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Nabila Huda

Wow!! Sekali pandang nampak macam model antarabangsa si Nabila Huda ini apabila mukanya menjadi pilihan untuk menghiasi muka depan majalah Glam Lelaki edisi Februari 2013.

Untuk edisi kali ini Nabila telah digandingkan dengan model kacak, Jhony daripada pusat Andrews Model dan kedua-duanya kelihatan sungguh serasi dan ‘hot.’

Menerusi foto yang dipaparkan, pelakon berbakat Nabila Huda kelihatan sungguh seksi dan berani tatkala memperagakan set pakaian daripada jenama CHANEL untuk koleksi musim bunga panas 2013 dan missoni musim panas 2013.

Penampilan aktres ini bertambah memukau dengan adanya sentuhan lembut solekan daripada Emmy Agung Yusshaimi.

Nabila Huda

Untuk edisi kali ini majalah Glam Lelaki akan mengupas pelbagai isu-isu menarik, antaranya adalah pelajari 16 stail terbaik jeans, ketahui siapakah model melayu paling seksi, seks dalam budaya, tema paling berkesan menjual filem, muzik serta jenama.

Dalam pada itu, ketahui luahan hati sebenar Nabila Huda secara ekslusif menerusi isu “This girl is on fire!”

Apa tunggu lagi? Dapatkan majalah Glam Lelaki di pasaran sekarang!

SKIP THIS AD ×