berita

Gayatri Terharu Dengan Pengakuan Cinta Zul Ariffin

February 25th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Zul Ariffin & Gayatri

Mungkin ada yang masih belum kenal, tetapi Gayatri atau nama sebenarnya Gayatri Su-Lin Pillai adalah penerbit filem Tayangan Unggul dan juga naib presiden Astro Shaw. Pada sekitar penghujung Disember lepas, Zul Ariffin yang pernah dikaitkan dengan Abby Abadi telah mengesahkan bahawa dia sedang bercinta dengan Gayatri.

Melalui pengakuan Zul itu, Gayatri menyatakan perasaan terharunya dan menghargai apa yang telah Zul lakukan.

“Saya bukannya melarikan diri, cuma ia bukan waktu sesuai untuk menceritakan kisah cinta ini kepada umum. Bagaimanapun saya terharu dengan tindakan Zul yang mengaku cintakan saya. Apa yang dilakukannya itu sangat saya hargai.”

Gayatri kemudian secara terbuka mengakui bahawa Zul Ariffin sememangnya adalah kekasihnya.

“Dan sebagai kenyataan balasnya, benar, Zul adalah kekasih saya dan kami sedang dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.”

Menurut Gayatri lagi, beliau sudah membawa Zul Ariffin berjumpa dengan keluarga.

“Dia seorang lelaki yang baik, kelakar dan matang. Apabila sedih, dia selalu ada untuk menyokong dan tenangkan saya. Dan saya telah membawa Zul berjumpa dengan keluarga saya.”

Sumber : mStar Online

SKIP THIS AD ×