Sebelum ini viral di media sosial sebuah kereta lusuh yang dipandu seseorang dilihat berada di restoran makanan segera kawasan Juru dan di beberapa kawasan sekitar Seberang Perai. Identiti pemilik kereta tersebut yang tidak diketahui umum menjadi satu misteri.
Terbaru menerusi Harian Metro, pemandu kereta tersebut telah ditahan pihak polis apabila dia memandu melawan arus di Jalan Baru, Perai, Bukit Mertajam. Pihak polis yang menerima maklumat dari orang awam bergegas ke lokasi kejadian kerana mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
Keadaan kereta yang sangat uzur
Video ini dirakam pada bulan lepas yang memaparkan keadaan kereta itu semasa berada dijalan raya sekitar Pulau Pinang. Keadaan kereta yang sangat uzur amat membimbangkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Singgah beli Mcd
Kelihatan seorang lelaki yang tidak terurus dipercayai pemandu kereta tersebut sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak dan beratur untuk membeli makanan segera di Juru.
Tiada rekod jenayah lampau atau dadah
Terkini, pihak polis menahan kereta tersebut setelah memandu dalam keadaan merbahaya iaitu dengan melawan arus.
Hasil pemeriksaan lanjut, kami dapati pemandu lelaki berusia 45 tahun dan berasal dari Raub, Pahang itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau atau dadah.
Namun, kami mengeluarkan saman terhadapnya kerana cukai jalan serta lesen memandu tamat tempoh dan kesalahan tidak mempunyai nombor pendaftaran di hadapan dan belakang kereta.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Assisten Komisioner Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata, laporan dari orang awam diterima pada jam 4.30 petang dan anggotanya yang tiba di lokasi meyuruh pemandu tersebut berpatah balik namun lelaki itu mendakwa keretanya rosak. Anggota polis tersebut mengarahkan dia pergi ke sebuah bengkel di Taman Mas berdekatan dari lokasi dia ditahan.
Tiada penangkapan atau rampasan
Tambahannya pula, tida sebarang tangkapan atau rampasan kereta dilakukan terhadap lelaki terbabit. Hasil pemeriksaan, kereta tersebut didaftarkan atas nama seorang lelaki yang tinggal di Tanjong Bungah Georgetown.Sumber: Harian Metro