berita

Gelagat Spontan Selebriti Dalam Kecoh Pengacara Beraya

July 4th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Pengacara Beraya Kecoh-171

Hari Raya Aidilfitri semakin tiba, syarikat-syarikat produksi dan setesen TV pun sudah mula menjalani penggambaran untuk tayangan di hari mulia itu nanti.

Tidak ketinggalan, TV3 akan mempersembahkan sebuah program ‘gameshow’ yang berjudul ‘Kecoh Pengacara Beraya‘ untuk memeriahkan sambutan hari raya para penonton.

Program menarik ini menampilkan pengacara-pengacara terkenal seperti Fara Fauzana (Nona), Neelofa (Nona), Scha Al-Yahya (Muzik-Muzik 28), Amyza Aznan (Woot! Woot!), Zizan Razak (Melodi), Awal Ashaari (Melodi), Faizal Ismail (Anugerah Juara Lagu & Vokal) dan Kamal Adli yang mewakili Hip TV.

Pengacara Beraya Kecoh-131

Kesemua mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan akan diuji dalam tiga cabaran berbeza iaitu Mengulas Sukan, Teka Selebriti dan K-Pop Style.

Penonton boleh melihat kesukaran yang dihadapi oleh pengacara-pengacara ini apabila mereka berdepan cabaran untuk mengulas sukan. Ini merupakan sesuatu yang agak asing bagi mereka kerana kesemua pengacara lebih banyak terlibat dengan program berbentuk hiburan dan majalah.

Apa yang istimewanya, program ini berlangsung tanpa pengacara sepanjang rakaman dan sebaliknya menggunakan suara latar (voice-over) oleh AG. Bukan itu sahaja, ‘Kecoh Pengacara Beraya’ juga menggunakan set ala gelanggang tinju yang dikelilingi oleh penonton.

Pengacara Beraya Kecoh-158

Untuk pengetahuan semua, program ini bukan sekadar hiburan semata-mata namun ia juga berbentuk kebajikan. Wang tunai yang dimenangi akan disalurkan kepada dua rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim & Miskin Sg. Pinang, Klang dan Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah, Klang.

Jangan lupa saksikan ‘Kecoh Pengacara Beraya’ bersama ahli keluarga anda pada Hari Raya Aidilfitri nanti. Penonton juga boleh menonton menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet dengan melayari Tonton pada bila-bila masa dan di mana jua.

Sebelum itu, jom tengok beberapa keping foto yang berjaya dirakam oleh lensa OHBULAN! sepanjang penggambaraan program ‘Kecoh Pengacara Beraya’. Memang kecoh!

SKIP THIS AD ×