berita

Gelar Al Jazeera Sebagai ‘Al Jahiliyah’, Pengacara TV Dikenakan Tindakan

July 9th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Tuduhan tidak berasas agensi berita antarabangsa, Al Jazeera menerusi dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown telah mengundang rasa marah dalam kalangan netizen. Pihak polis juga telah membuka kertas siasatan dan akan memanggil wartawan terlibat.

Terbaru, tindakan seorang pengacara program bual bicara iaitu Herleena Pahlavy yang menggelarkan media Al Jazeera sebagai Al Jahiliyah telah membuatkan beliau dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan televisyen.

Tindakan telah diambil

Menerusi laporan yang dipetik daripada Free Malaysia Today, Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Datuk Saifuddin Abdullah berkata dia tidak bersetuju dengan tindakan pengacara tersebut yang mengutuk stesen tv antarabangsa Al Jazeera. Menurutnya, pengacara terbabit tidak sepatutnya mengeluarkan perkataan ‘jahil’ walaupun dia kurang bersetuju dengan laporan yang pernah dikeluarkan media berkenaan mengenai layanan Malaysia terhadap warga asing semasa menangani Covid-19.

Tambah Datuk Saifuddin Abdullah lagi, beliau sudah dimaklumkan oleh Pengerusi Bernama bahawa pengacara terbabit sudah dikenakan tindakan oleh agensi berita.

‘Al Jazeera, you shut up’

Difahamkan, ketika mengakhiri program Malaysia Petang Ini pada isnin lalu, pengacara wanita ini sempat berkata ‘Saya Leena Pahlavy, Al Jazeera, ‘you shut up’. Bukan itu sahaja, Harleena turut menyifatkan Al Jazeera sebagai satu media yang kurang beretika dan sering dilanda kontroversi terhadap laporan yang dikeluarkan mereka.

Saya rasakan Al Jazeera, atau selepas isu ini, saya boleh katakan bahawa Al Jahiliyah ini tidak mempunyai asas ataupun mungkin etikanya kurang. Kalau kita google pun, mereka memang banyak kontroversi dan kritikan yang melanda dirinya.

Tindakan berani dan patriotik

Sementara itu, Herleena Pahlavy menerusi akaun Twitternya mengganggap ianya adalah satu tindakan patriotik dan berani serta dia perlu menanggung akibat daripada kelantangannya itu.

Sumber: Free Malaysia Today, Datuk Saifuddin Abdullah, Herleena Pahlavy, Youtube

 

SKIP THIS AD ×