berita

Kontroversi Video AL Jazeera: Jabatan Imigresen Malaysia Buru Rayhan Kabir

July 7th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Susulan isu media Al Jazeera yang didakwa cuba memburukkan Malaysia menerusi temu bual eksklusif bersama seorang warga Bangladesh yang dikenali sebagai Rayhan Kabir, Jabatan Imigresen Malaysia kini sedang mencari individu tersebut bagi menjalankan siasatan lanjut. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Rayhan diminta untuk menghubungi pihak imigresen.

Orang dikehendaki

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta untuk menghubungi pihak Imigresen bagi membantu siasatan.

Rayhan Kabir dikatakan telah menetap lebih 10 tahun di Malaysia tidak berpuas hati dengan tindakan pihak penguatkuasa menahan warga asing sejurus ujian Covid-19 dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama MD RAYHAN KABIR, nombor pasport BW0974403 berumur 25 tahun dan alamat terakhir beliau adalah SIRHAN LEGACY SDN BHD B-7-9 MENARA UNCANG EMAS, NO 85 JALAN LOKE YEW 55200, KUALA LUMPUR bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Penolong Pengarah Imigresen (PPI) Nurulmasha Nazlinan Bin Hussin, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801298 / 1294 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.

Rayhan turut dimasukkan di dalam senarai orang dikehendaki oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×