Pelakon yang terkenal dengan watak ‘The Hulk’, Mark Ruffalo menyelar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menggelar rakyat Palestin sebagai ‘collateral damage’ atau pun sebagai ‘kerosakan sampingan’ susulan serangan berterusan dibuat oleh tentera Zionis terhadap penduduk di Gaza.
Artikel Berkaitan: ‘Inilah Wajah Menghiasi Neraka Jahanam, Penghulu Iblis’ – Neelofa
Mereka adalah manusia
No. Sorry. They are not “collateral damage” they are human beings who happen to have been born there and live there and most of those human beings are stuck there. Have some compassion, they are Palestinians not buildings or roads or things, they are human beings and so are the…
— Mark Ruffalo (@MarkRuffalo) November 13, 2023
Menerusi ciapan yang dibuat di aplikasi X, Bintang Hollywood itu menegaskan bahawa rakyat di Palestin merupakan manusia yang secara ‘kebetulan’ lahir dan terperangkap di negara tersebut.
Tidak dan maaf, mereka bukanlah satu ‘collateral damage’ tetapi mereka merupakan golongan manusia yang ditakdirkan untuk lahir dan ‘terperangkap’ di sana.
Kasihanilah mereka, rakyat di sana bukanlah bangunan atau jalan raya waima bukan benda-benda (yang boleh dikategorikan sebagai ‘collateral damage’). Mereka adalah manusia dan juga tebusan yang mungkin anda (Israel) akan musnahkan.
Mereka bukan ‘collateral damage’.
Terdahulu, portal Huffpost melaporkan dakwaan Netanyahu yang mengatakan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel terhadap orang awam Palestin adalah bersifat ‘kerosakan sampingan’.
Pemimpin Zionis itu turut mendakwa bahawa tentera Israel hanta menyerang Hamas dan sama sekali tidak sengaja menyasarkan orang awam meskipun angka kematian rakyat Palestin semakin meningkat dari hari ke hari.
Sumber: Aplikasi X, Huffpost