Sejak empat minggu yang lalu, jangkitan Covid-19 di China menunjukkan peningkatan yang mendadak ekoran gelombang baru yang melanda negara berkenaan.
Artikel Berkaitan: Malaysia Antara Negara Terbaik Menguruskan Covid-19, Turut Tersenarai Dalam Indeks Pemulihan Nikkei
65 juta kes seminggu
Memetik laporan NBC News, pakar epidemiologi China, Zhong Nanshan, menjangkakan gelombang baharu itu akan menyebabkan peningkatan kes jangkitan sebanyak 65 juta kes setiap minggu pada akhir Jun.
Jangkaan itu dibuat Zhang selepas terdapat 40 juta kes yang berlaku setiap minggu pada ketika ini.
Zhang turut memaklumkan bahawa tahap imuniti penduduk dilihat semakin menurun meskipun antara 80 dan 90 peratus daripada 1.4 bilion penduduk China dipercayai telah dijangkiti semasa gelombang Disember dan Januari yang lalu.
Pihak berkuasa tidak menjangkakan gelombang jangkitan seperti sebelumnya, namun memberi amaran orang tua dan berpenyakit berhadapan risiko dijangkiti.
Bukan itu sahaja, sekolah di beberapa bahagian negara itu telah diminta mengambil langkah berjaga-jaga.
Sumber: NBC News