berita

Gemerlapan Yang Memukau!

August 7th, 2012 | by Ai
Kini Trendy

Setiap wanita ingin tampak cantik dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Bukan sahaja menitikberatkan dari segi busana, kasut malahan aksesori juga memainkan peranan penting dalam penggayaan seseorang. Tidak lengkap sekiranya bergaya di hari lebaran tanpa sebarang aksesori. Terdapat beberapa aksesori yang boleh menjadi pilihan tatkala menggayakan pakaian.

Pandora

Padora jenama yang kian meningkat dan mendapat perhatian ramai dengan hasil seni rekaan yang begitu eksklusif menampakkan lagi ciri keayuan si pemakai di hari lebaran.

Hasil kombinasi barang kemas halus dengan warna yang menarik mampu mewujudkan pelbagai jenis rupa bentuk disamping mencerminkan personaliti anda.

Terdapat pelbagai produk yang disediakan yang terdiri daripada cincin, gelang, rantai dan sebagainya.

Setiap perincian yang penuh dengan lambang kemewahan memukau pandangan si jelita untuk memilikinya.

Hasilnya anda akan kelihatan hebat di hari lebaran.

Guess Bracelet

Tampil rangi, comel dan mempersona dengan rangkaian produk berkualti yang sering mendapat perhatian ramai yang dihasilkan daripada jenama Guess garapan Marciano.

Menghasilkan produk yang ‘funky’ dan menarik  untuk si gadis yang bukan sahaja boleh digayakan pada hari lebaran, tetapi juga amat sesuai digayakan untuk aktiviti luar.

Aksesori ini didatangkan khas daripada pelbagai bentuk yang mampu menyerlahkan pesona si gadis tambahan pula dengan penggayaan fesyen yang mengikut peredaran zaman semasa.

Habib Jewels

Emas dan wanita tidak dapat dipisahkan malah menjadi pelengkap dalam setiap penggayaan.

Ini kerana emas merupakan aksesori wajib bagi setiap si pemakai tidak kira batas umur sama ada si gadis mahupun wanita yang bekerjaya.

Kombinasi asli moden yang dihasilkan daripada rangkaian barang kemas Habib Jewels ini membuka mata si pemakai untuk melaram di hari lebaran.

Terdapat pelbagai reka bentuk yang mampu menyerlahkan personaliti dengan penerapan unsur glamor dan elegan.

Setiap rekaan diperhalusi dengan perincian emas daripada kualiti yang terbaik bahkan ianya juga mampu memukau mata setiap pihak yang memandang.

Lebih besar lebih bagus. Itulah kehendak wanita dari segi pemilihan aksesori bagi membolehkan mereka disinari cahaya gemerlapan daripada koleksi tersebut.

Marc- Marc Jacob

Gelang yang diperincikan dengan gabungan keemasan daripada jenama Marc Jacob iaitu Marc ini memberikan simbol kemewahan terhadap si pemakai yang ingin tampak glamor.

Bagi anda yang ingin tampil dengan personaliti yang mewah, gabungan selaras rantai leher, cincin dan anting-anting mampu menonjolkan identiti glamor anda.

Mengatur langkah dengan berkeyakinan disamping menggayakan rekaan penuh feminin revolusi kini yang memberi impak kepada si pemakai.

Digunakan daripada material yang berkualiti tinggi dengan ciri-ciri keselesaan mampu membangkitkan aura personaliti si jelita.