Pelakon Azhan Rani kembali menderma darah dengan jumlah sebanyak 50 kali setelah langkahnya terhenti apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Januari lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Hilangkan Sentap, Rasa Kecil Hati & Terus Berjuang’ – Azhar Rani Bidas Kenyataan A. Aida Utamakan Rupa Dari Bakat
Artikel Berkaitan: Pengarah Didakwa Lepas Tangan Selepas Wafariena Alami Kecederaan, Azhan Rani Dedah Pernah Alami Nasib Sama – ‘Siapa Nak Tanggungjawab?’
Penderma darah plasma kali yang ke-50
Menerusi gambar dan kapsyen yang dimuat naik oleh pelakon berusia 46 tahun itu, dia amat teruja kerana dapat kembali menderma darah kepada masyarakat yang memerlukan bekalan darah plasma. Tambahnya di kapsyen, hampir setahun dia direhatkan dan tidak dapat menderma darah akibat daripada kemalangan yang berlaku ke atasnya.
Enam bulan lepas kemalangan aku kena jadi penderma darah merah dahulu dan perlu rehat selama 3 bulan. Hari ini dapat semula menjadi penderma darah apheresis (istilah pendermaan darah plasma). Lepas ini, InnsyaAllah dapat menderma darah selang dua minggu.
Berikutan itu, Azhan sempat berseloroh dalam penulisan kapsyennya tentang darahnya yang akan dihantar ke Australia untuk diproses.
Merasa darah aku ke sana. Aku pun tak pernah ke sana. Setakat Arau, Perlis ada la dalam dua tiga kali sampai.
Dalam pada itu, Azhan turut mengajak orang ramai untuk menjadi penderma darah dan membantu individu yang memerlukannya kerana orang yang sihat sahaja yang mampu menderma darah.
Sumber: Azhan Rani