berita

Genap Sebulan Kehilangan #MH370, Radio Era Gabungkan Selebriti Dalam MV Percaya

April 9th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

MH370

Semalam genap sebulan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih lagi kekal misteri hingga ke hari ini.

Walaupun Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak mengesahkan bahawa Lautan Hindi menjadi destinasi terakhir pesawat tersebut dilihat, masih ramai yang mengharapkan kesemua 239 penumpang dan kru masih selamat.

Terkini, sempena mengenang insiden tersebut, Era Fm telah melancarkan klip video lagu berjudul ‘Percaya‘ yang dinyanyikan oleh Hazama, Dina Nadzir dan juga penyampai-penyanpai radio naungan Astro.

Dina

Tersentuh dan sebak kami apabila mendengar lagu yang amat meruntun jiwa ini, malah bait-bait lirik yang ditulis dapat  menyentuh perasaan sesiapa saja yang mendengar.

Berlalu awan langit nan suram, membawaku cahaya baru. Hari semalam ku lepaskan, esok hari bawa harapan..teruskan…

Biar pun jauh dari mata takkan hilang dihati, terus gagah melangkah pasti. Hari-hari yang ku lalui pada tuhan ku berdoa, waktu kan mengubati pasti. Percayalah..selamanya..

Hentikan semua air mata, tuhan sentiasa bersama. Segalanya akan berlalu, pulang aku pasti padaMu. Yang satu.

MH370

Menerusi lirik lagu yang dicipta oleh Faizal Tahir dan Mike Chan ini, ia cukup menggambarkan harapan segenap masyarakat yang masih mengharap pesawat tersebut akan ditemui.

Malah, lagu tersebut boleh dianggap seperti memberi semangat kepada ahli keluarga mangsa yang terbabit agar pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Bukan saja masyarakat Malaysia, malah satu dunia masih lagi menanti khabar gembira mengenai pesawat terbabit.

Kami di OHBULAN! turut merasai kedukaan tersebut dan semoga pesawat MH370 segera dijumpai agar segala misteri akan terungkai serta tidak lagi mendera hati dan perasaan mereka yag masih menanti.

Pada anda yang masih lagi belum berkesempatan mendengar dan menonton MV ini, disini kami sediakan khas buat tatapan anda. Dengar dan hayatilah.

SKIP THIS AD ×