Semalam, merupakan hari bersejarah buat keluarga kecil Allahyarham Abam Bocey dan balunya, Siti Nurhidayah Mohd Ali. Menerusi akaun Instagram Hidayah, dia mendedikasikan ucapan khas sempena hari kelahiran anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Selamat hari lahir
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Selamat hari lahir buat anak kesayangan ibu genap 1 tahun Syed Uthman Hamzah Bin Syed Umar Mokhtar. 14.06.20, semoga menjadi anak yang solleh buat ayah & ibu. Alfatihah buat arwah suamiku Syed Umar Mokhtar.
Alhamdulillah syukur selesai majlis sambutan Hari lahir, Selamat Hari lahir buat anakku Hamzah genap 1 tahun.
Menerusi video yang dimuat naik, Hidayah kelihatan memegang sebuah bantal yang mempunyai potret wajah arwah Abam ketika majlis sambutan tersebut berlangsung. Anak mereka Syed Uthman Hamzah turut kelihatan mencium bantal tersebut. Menurut Hidayah, dia berharap anaknya menjadi anak yang soleh buat dirinya dan arwah suami.
Happy birthday sayang
Rata-rata netizen turut memberikan ucapan buat Hamzah dan mendoakan dia menjadi anak yang baik dan sentiasa menjaga ibunya.
Sumber: Hidayah Abam