berita

Gerabak Monorel Menghala Ke KL Sentral Terbakar, Tiada Penumpang Cedera

December 24th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Penumpang monorel berdepan dengan detik yang cemas selepas salah satu gerabak monorel itu terbakar di Stesen Jalan Maharajalela menghala ke KL Sentral, jam 7.20 pagi tadi. 

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Mohamad Iqbal Zakaria berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 7.27 pagi dan terus bergegas ke tempat kejadian.

Tiada individu cedera

Foto: Mohd Redzuan

Menurut laporan yang dipetik dari Harian Metro, Mohamad Iqbal Zakaria berkata lima jentera dengan kekuatan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu bergegas ke tempat kejadian sebaik terima panggilan kecemasan tersebut.

Susulan itu, lima jentera dengan kekuatan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu ke bergegas ke lokasi kejadian. Setiba di lokasi terdapat kebakaran membabitkan sebuah gerabak monorel berkenaan

Namun, semua penumpang selamat diturunkan sebelum anggota bomba tiba di tempat kejadian. Tambahnya lagi, kerja-kerja pemadaman dilakukan dan mengambil masa kira-kira 50 minit sebelum api berjaya dipadam. Susulan itu, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan dan tiada individu yang cedera.

Menurut perkongsian yang dimuatnaik oleh Rapid KL di Facebook, tiada servis monorel dari KL Sentral dan Maharajalela. Pihak Rapid KL menasihati supaya pengguna mencari alternatif lain sementara pasukan teknikal mereka sedang membaik pulih laluan berkenaaan.

Sumber: RapidKL, Mohd Redzuan, Harian Metro.

SKIP THIS AD ×