berita

‘Gerakan & Goyangan Badan Wanita Adalah Aurat’ – PU Azman Tegur Pengguna Tik Tok

June 17th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Penggunaan aplikasi Tik Tok semakin dapat sambutan apabila anak muda rancak merakam aksi tarian dan dikongsi di segenap media sosial. PU Azman juga tidak terlepas melakukan aksi tersebut pada hari raya dan ditonton lebih 638 ribu sejak dimuat naik video berkenaan.

Malah, dia juga berpendapat ini merupakan kaedah baru bagi merapatkan jurang dakwah terhadap anak muda. Namun, PU Azman juga mempunyai pesanan buat semua remaja wanita yang turut leka dengan aplikasi ini.

Goyangan badan wanita adalah aurat

Assalamualaikum netizen. Selamat hari raya. Saya pohon ampun dan maaf andai ada yang tak senang dengan tik tok ini. Maafkan saya juga Dato Vida sebab banyak lari step dan pijak kaki orang belakang.

Saya tidak bermaksud menyuruh netizen mabuk dengan tik tok. Cuma ianya tentang raya selain menzahirkan dengan takbir, ziarah dan bunga api. Ia juga cara pendekatan saya dengan remaja. Bila dah terjun dalam dakwah remaja, kita baru nampak tak semua boleh ubah dengan petik jari. Tapi tetap ada batasan.

Pesanan saya pada adik-adik (netizen) perempuan yang berTik tok, Musically atau apa juga apps agar jangan postkan gaya aksi tik tok, musically dan apps lain di media sosial kerana risiko fitnahnya lebih besar. Gerakan dan goyangan badan wanita adalah aurat. Pesanan saya untuk netizen lelaki jangan bertik tok dan sebagainya hingga bazir waktu dan abai kewajipan solat dan lain-lain.

KEUTAMAAN KITA IALAH MENUNTUT ILMU.
Salam lebaran dari saya, PU azman untuk netizen tersayang.

Sumber: PU Azman

SKIP THIS AD ×