Di Instagram, penyanyi, Aishah menjawab spekulasi yang mendakwa dirinya tidak bertegur sapa dengan penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza. Menurut Aishah, dia mengetahui isu tersebut selepas salah seorang wartawan bertanyakan kepadanya mengenai perkara tersebut.
Artikel berkaitan:Aishah Tolak Ego, Tuntut Ilmu Nyanyian Dengan Guru Vokal Demi AJL35
Tepuk dahi tadi
Adoi hari ini I dihubungi seorang wartawan bertanyakan sama ada gosip yang melanda mengatakan I dan adinda @ctdk tak bertegur? Tergamam sekejap I dibuatnya. Biar betul ni cerita apa pulak ni? La rupanya berpunca dari I terblock IG adinda tersayang I ni. Tepuk dahi I tadi.
Menurut Aishah, dia berharap netizen tidak membuat andaian yang tidak tentu arah. Jelasnya lagi, semuanya berlaku apabila ada seorang individu telah tag dirinya di Instagram Dato Sri Siti Nurhaliza. Oleh kerana geram membaca kecaman dalam akaun tersebut, Aishah mengambil keputusan untuk menyekat akaun individu tersebut. Namun, dia tidak perasan akaun yang disekat itu merupakan akaun sebenar penyanyi nombor satu negara.
Ujar Aishah lagi, dia turut keliru apabila ramai individu menggunakan nama Siti Nurhaliza dan gambar penyanyi tersebut di akaun media sosial masing-masing.
Kelakar kehidupan sekarang
Kelakar kehidupan sekarang ye kalau tak boleh tag IG seseorang terus orang tujal fikir benda bukan-bukan. Elok saja @rozisangdewi hubungi I dengan ucapan Dato Siti. Korang kena tau I ni old school, direct communication itu lebih penting dari akaun-akaun social media ini. Gambar ni hadiah fruit basket dari adindaku semasa AJL yang lalu.
Baru hari ini dapat ucap terima kasih. Enjin vintage perlu masa rehat. So tak payah nak spekulasi benda bukan-bukan dan nak mulakan kecaman pula. Tabayyun sebelum jump to conclusion. Lepas tu sampaikan di social media andaian korang. Tengok tak betul, terus jatuh hukum fitnah. Selagi ada dalam akaun korang selagi itulah dosa mengalir. So chill ok, lets move on. Stay safe everyone.
Aishah turut memberitahu bahawa dia lebih selesa berkomunikasi secara terus berbanding komunikasi menggunakan platform media sosial. Ujar Aishah lagi, hubungannya dengan Siti Nurhaliza masih berada dalam keadaan baik dan dia telah menerima sebuah bakul berisi buah daripada Siti sebelum bertanding di pentas akhir AJL35 baru-baru ini.
Sumber: Aishah