berita

Geram Hutang Tak Bayar, Wanita Nekad Lakukan Ritual Ilmu Hitam Depan Rumah Penghutang

October 13th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Suara.Com

Di Hai Hoa, Kota Nghi Son, Vietnam seorang wanita bertindak membakar makanan yang disediakan dalam upacara memanggil makhluk ghaib di hadapan rumah seorang individu yang dikatakan berhutang dengannya. Tindakannya itu bagaimanapun, telah tular di media sosial dan meraih pelbagai respon daripada warganet.

Artikel Berkaitan: Member ‘Hilang’ Lepas Pinjam Duit? Ini Contoh Surat Perjanjian Yang Korang Boleh Sediakan

Dihalang oleh pihak polis

Foto: Suara.Com

Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai H, dilihat memakai gaun berwarna putih dan dipercayai datang ke sebuah rumah bersama rakan-rakannya yang lain. Bukan itu sahaja, wanita ini turut membawa emas, bunga, dan makanan sebelum bertindak membentangkan tikar di hadapan rumah individu yang dipercayai berhutang dengannya.

Apa yang lebih mengejutkan, wanita ini kemudiannya bertindak duduk bersila sebelum membaca jampi serapah. Bagaimanapun, upcara yang dilakukan oleh H terhenti apabila datang beberapa anggota polis yang memintanya untuk menghentikan aktiviti tersebut. Bukan itu sahaja, wanita ini sempat menjerit dan menjelaskan akan kembali bagi menuntut hutangnya.

Saya sangat tidak bahagia, saya akan kembali menuntut hutang saya.

Dah berulang kali minta

Foto: Suara.Com

Ujar salah seorang anggota polis, wanita ini berbuat demikian bagi menagih hutang kepada pemilik rumah berkenaan dan dia sudah berulang kali meminta supaya hutang tersebut dibayar.

Kerana hutangnya tak dibayar, dia pergi ke rumah individu berkenaan sebelum memulakan aktiviti ritual itu.

Sumber: Suara.Com

The following two tabs change content below.

Najmi Suhaimi

Content Champion at Rev Media Group
Have courage and be kind.

SKIP THIS AD ×