Penyanyi, Syada Amzah atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah mendakwa ada individu yang tidak dikenali telah datang ke rumahnya untuk melihat keadaan di dalamnya.
Artikel Berkaitan: Syada Amzah Nafi ‘Masam Muka’ Dengan Shila
Artikel Berkaitan: Syada Amzah ‘Unfollow’ Shila Di Instagram? Hanya Sokong Syahir Dalam Famili Duo?
‘Dah kena buang, kena halau lagi’
Menerusi perkongsian di Instagram, Syada akui tidak tahu mengapa individu tidak dikenali terbabit berbuat demikian sedangkan dia langsung tidak meletakkan sebarang notis atau pengumuman tentang penjualan rumah.
Hari ini tiba-tiba orang tak dikenali datang depan rumah, nak tengok dalam rumah. Padahal tak ada letak apa-apa papan tanda nak jual pun. Notis pun tak ada.
Dalam pada itu, Syada yang merupakan adik kepada penyanyi, Shila Amzah seakan meluahkan rasa terkilan dan mendakwa dirinya bukan sahaja dibuang malah kini, dihalau pula.
Gila lah, rasa macam kita ni haiwan sesat. Dah kena buang, kena halau lagi. Genius, betul-betul respect.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan hantaran anak perempuan kepada penyanyi, Datuk ND Lala ini ditujukan kepada siapa. Menerusi pemerhatian OhBulan!, hantaran yang dimuat naik di Instagram itu telah dipadam oleh Syada.
Sebelum ini, khabar angin Syada dan Shila saling bermasam muka menjadi bahan bualan ramai apabila dua beradik itu saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing. Syada kemudian menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa perselisihan faham di antara adik beradik adalah perkara yang biasa.
Hantaran dipadam Syada
Sumber: Instagram Syada Amzah