berita

Giliran Elly Mazlein Beraksi Comel Rakam Gwiyomi

May 3rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-05-03 at 15.12.35

Jika sebelum ni Wawa Zainal, Nora Danish, Adira, Elfira Loy dan Nazim Othman galak mempamerkan aksi mereka ber-gwiyomi, kali ni Elly Mazlein juga tak mahu ketinggalan merakam aksinya.

Melalui video yang dirakam oleh Suriafm, Elly Mazlein kelihatan sedikit kekok namun tetap kelihatan comel dengan rambut disanggul dan senyuman manisnya.

Tapi dalam video yang berdurasi 1:06 ini, Elly Mazlein nampak lebih comel dari biasa. Adakah anak matanya yang bulat dan hitam itu menampakkan dia seperti gadis korea sebenar?

Screen Shot 2013-05-03 at 15.15.05

Elly Mazlein bergaya sederhana dengan T-shirt lengan panjang

Screen Shot 2013-05-03 at 15.17.02

Kalau tak diberitahu ini Elly Mazlein, kami percaya ramai yang sangka ini artis korea kan? Jom tengok aksi comel Elly Mazlein di bawah.

Nampak gayanya, demam gwiyomi ni takkan surut dalam masa terdekat memandangkan ramai selebriti berlumba-lumba untuk merakam aksi mereka. Giliran siapa pula lepas ni ya?

SKIP THIS AD ×